Ahad, 14 Jun 2015

qwertyuiop

Falling in love is not a good idea..

Andai melupakanmu memerlukan separuh umurku ?
Aduh, kuat lah wahai hati yang satu
segerakan pelupusan perasaan ini
semoga cinta yang wujud
mereput, degrasi seiring waktu


Entah, aku lupa cara untuk melupa
memaksa fikiran lumpuh ingatan
memadamkan memori tanpa figura nyata
sesuatu, yang wujud
sungguh hingga kini aku tidak nampak
benar-benar mencuri jiwa
adakah kerana suaranya ? (tidak)
rupanya ( lagilaah)
aku tak tahu.


cinta yang "pop" tiba-tiba
mungkin dari janji-janji manis
yang dulu masih berbentuk benih
tapi kini berakar tunjang dalam diri

mana racun, bagi mati tumbuhan asmara ini
biar kering daun, biar kontot akar yang menjadi
aku tidak mahu dia abadi
nanti terkenang-kenang aku sendiri yang pedih

Sedih....
aku sedih
kau tidak pernah usaha hubungi aku lagi
walau sebagai seorang kawan
seperti aku pula terhegeh-hegeh
menyelamatkan hubungan
walau sekadar teman biasa

Sudahlah
masuk bahai hitam lah janji mu
sa tidak percaya lagi





0 ulasan: