Rabu, 31 Disember 2014

Hilangnya disini Mai..

Perut kosong, heater meletup rosak, telur ayam tak masak, kipas tidak bertenaga, pemanasan global, Microsoft 2007 dan rasa malas yang membuak-buak. Aku tidak bersemangat menelaah buku, minggu depan ada 3 peperiksaan yang bersiap siaga cuba menjahanamkan pointer aku. Arghhh tidak !!!

Siapa yang curi semangat aku ha ?? Siapa yang tekan suis off mood aku ha. CAKAP !! (nada marah)

Tiba-tiba angin bersiul lembut, menyapa lalu ia mengangkat daun-daun kering yang layu. Ada bisikan halus yang datang dari hujung bukit.
“Jadi kau nak kata hari ini hari SIAL ? Malang sedunia ??
“ kau yang cuai Mai… kau lalai… KAU !! ” Suara seperti makhluk Goblin dalam” Lord of the Ring terketar-ketar dia berkata”
Terasa mata lembing terpacak dalam jantung ku. Sentap, sakit dan realistik.

Kedengaran geburan air terpecik melepung di telinga, tubuh ku terhempas di permukaan laut dan perlahan-lahan tenggelam ke dasar berpasir. Ku lihat buih-buih mengelingi ku diiringi nyanyian maut. Rays, echinodermata dan molusca berdiri berlari terkejut saat ombak pasir terhambur menjadi ribut.

Kemana semangat ku hilang, adakah tersembunyi di dalam peti besi dalam kapal Titanic yang karam di Lautan Antartik ? Adakah tersisip-sisip dibawah tikar mangkuang ? atau dicelah-celah lubuk sawah padi, tempat sang belut berkubang dan bersuka ria? Bagaimana aku harus menemuinya?

Hilangnya disini Mai sambil jari menunjuk terus ke hati..

Pejamkan mata, ingat balik bait-bait kata yang bergetar keluar dari telefon pintar. Suara Mak kedengaran. Seperti mesin suara yang berulang-ulang kali berpesan untuk aku terus bertahan, agar aku tidak leka, supaya aku kelak BERJAYA. Habis liur,perit anak tekak namun dia tidak pernah lelah dan berputus asa. Aku pegang kepercayaan itu. Ingat Mai, misi kita apa.

Terlalu jauh kau hanyut dalam dunia malas, ayuh kita mendayung ke daratan nyata. Jangan kau lupa benua kita, berpijak teguh di tanah realiti, dan aku perlu bangkit !

Gali-gali gua emas, terus gali hingga ke mental bumi, hingga batu batu terluluhawa menjadi lava. Kenapa keluar geologi ni ?

Ada tiga pendekar berikat tali di kepala iaitu hang animal, hang mikrob dan hang orang putih. Tiga-tiga ini telah diupah oleh sultan untuk menguji tahap mana kuat otak aku. Lai, aku dah ready berentap di dalam bilik kuliah.

Ingat, kuatnya disini mai, sekali lagi jari tunjuk dihati. Perbaiki hubungan kau dengan Allah.

Post ini bertarikh 23 Nov 2014

0 ulasan: