Rabu, 31 Disember 2014

Review ( KAWAN)

Semalam, dalam gelap aku menoleh ke belakang, mengimbau kembali peristiwa yang aku lalui sepanjang 2014. Aku lebih menfokuskan kisah-kisah yang sentimental, penuh saspen dan konflik. Bunyi agak sedih di situ ye.

Dulu, aku ramai sangat kawan di sekeliling pinggang sampai lah aku di Matrix Labuan. Masa zaman budak dulu, kawan curi pemadam, tapuk beg sekolah, curi guli, tolak-menolak sampai jatuh pun aku tak kisah. Why ? Sebab dulu, semua perkara kita tidak simpan dalam hati. Tiada benda yang nak terasa hati sangat. Tapi sekarang perasaan kecil hati, sensitif, marah itu gemar berpeleseran lama-lama di hati dan dikhuatiri menjadi dendam.

Bila dah besar sikit ni, nak masuk alam dewasa, satu persatu kawan aku hilang, tak kira la sama ada mereka yang pergi, atau aku yang menjauhkan diri. Jahatkah aku ? Soalan itu selalu menggangu aku. Kawan ini banyak kategori, kawan macam tu la, kawan lama, kawan biasa, kawan serumah, sebilik, sekuliah, sefakulti, seprogram, seUniversiti, jiran tertangga, kawan kenalan, kawan facebook, kawan sekerja dan so on. Banyak jenis kawan. Banyak kawan, perangai pun pelbagai la ye tak. Sebagai penekanan, tidak semua manusia itu sempurna,termasuklah diri aku dan orang lain.

Secara general, bagi aku kawan ini ;

(a) mestilah sekepala, sehati dan sejiwa

(b) Jujur, bukan talam dua, empat ataupun enam belas muka

(c) Tidak kedekut ilmu

Itu standart aku lah, berbeza dengan orang lain. Sedangkan kucing pun ada guide line jenis-jenis kucing yang boleh jadi gengnya, inikan pula kita manusia, ye tak. Memanglah kita nak cari kawan yang sekepala, sehati dan sejiwa, so boleh la lepak bersama-sama, berkongi cerita yang bermacam-macam. Rindu pula dengan geng keras aku di sekolah rendah, menengah dan matrikulasi. Mereka semua gila-gila, tapi bila kerja kumpulan selalu hasilnya menjadi super, kata orang saling melengkapi kekurangan. Mereka-mereka itu tidak kedekut ilmu, saling berkongsi pengetahuan, mengajar setakat yang mampu.

Menakutkan. Sedih bila aku terpaksa mengakui aku hilang ramai sangat kawan. Ada orang cakap, kau bukan hilang Mai, tapi kau baru mengenali siapa mereka yang sebenarnya.

" Sepatutnya aku patut menerima kelebihan dan kekurangan mereka, dan keep stay bersama mereka. " ku bermonolog sendiri.

Kadang-kadang, keadaan ini memberi tekanan pada aku. Aku terpaksa berubah atau dalam erti kata lain, aku berlakon agar mereka menerima diri aku. Susah. Itu bukan aku. Perkara ini membuat perasaan aku semakin memberontak. Hinggalah pada satu tahap, aku memilih untuk bersendiri. Tak perlu memikirkan perasaan orang lain, juga perasaan sendiri yang kian terancam.

Kemudian, aku berdepan dengan jenis manusia yang bermuka-muka. Mulut depan kata manis, mengata belakang macam najis. Sakitnya seperti dikhianati. Tersengih-sengih, berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Ini adalah jenis-jenis gunting dalam lipatan. Memang dia berjaya menoreh-noreh kepercayaan aku seperti luka ditubuh pokok getah. Getahnya tetap mengalir. Kenapa awak tak cakap depan-depan, utara dan jelaskan apa masalah. Aku tak perlukan senyum tak berapa manis tu. Serius aku menyampah. Itu belum kes, post facebook lagi. Itu pun sama, tak puas hati, cerita pada seluruh dunia. kenapa tak setel baik-baik, cakap depan-depan? Bagi aku tu sama saja seperti pengecut !

Fuh, nampaknya Cik Mai tengah beremosi. Ada rasa kesal terbit dari lubuk hati. Tapi ada pengajaran dari peristiwa yang berlaku sepanjang 2014 ini. Salah satunya, jangan menganggap semua orang sama, cara mereka berfikir dan juga hati mereka. Aku boleh terima kepelbagaian perangai kerana ia merupakan warna warni kehidupan cuma bab orang yang suka bermuka-muka, berbibir dibelakang kepala ni payah sikit untuk aku terima sebagai sebahagian dari kehidupan aku. Memang aku tidak boleh terima langsung. MAAF.

Seperti air masin dan air tawar, bertemu namun tidak akan sebati, ada "barier " sebagai pemisah

Sabar Mai

Hilang kawan ada hikmahnya. Kau cuba melindungi hati kau sekaligus hati mereka dari rasa terguris, tercalar dan terluka. Perkara ini setidak-tidaknya membuat kau lebih mengenali mereka dan membuat " precaution ". Sentiasa Waspada. Peringatan juga buat kau Mai. Jangan suka dengar dan mengata orang. Kalau tak suka orang buat macam tu, kau pun jangan buat. Kalau tidak puas hati jangan post di facebook. Bangga mengaibkan orang lain. Ingat, hidup ini seperti roda. Wawasan 2015 !!

Sudahlah Mai, maafkan dan lupakan saja perkara tu. Kalau boleh lupakan dengan orangnya sekali. Berhati-hati saja apabila membuat sebarang hubungan diplomatik dengan mereka samaada secara rasmi ataupun tidak.

Cltr + A = Delete All

Format memory..

Post ini bertarikh 24 Dec 2014

朋 友 Peng You

Kesan ubat tahan mabuk masih bersisa di dalam tubuh. Aku lemah, mata aku mengantuk. Buku dan nota ku terkapar-kapar memaksa aku menyegerakan aktiviti menelaah secara efisen. Satu teknik last minit yang bersandarkan pada nasib, jika untung sabut, maka keluar ia dalam peperiksaan.

Aku merenung ke luar jendela, seolah-olah ada movie pendek berkisahkan tentang diri aku sepanjang 2014 ini. Entahlah, mengapa pahitnya lebih kelat terasa berbanding manis sebuah kisah benar. Sepatutnya, hujung-hujung tahun ini, dimana aku akan menduduki peperiksaan, konflik tidak muncul lagi dalam hidup aku. Ombak yang tinggi dilemahkan oleh tsunami kecil. Sudah berkecil hati, duka-citanya pula semakin bertambah-tambah.

Dia kata selama ini dia bergurau, aku yang serius kencang. Dan dia bilang, dia tak suka dan tidak boleh berada dengan orang seperti aku. Teks kiriman dari aku seperti satu ledakan teguran yang pedas, yang sudah begitu lama dipendam. Mungkin kerana susah untuk dia telan dan cerna, dia sendiri membuka jalan dan berkata, silakan unfriend aku. As you wish, dan aku tunaikan permintaannya. Tidak juga saya tahan dengan manusia yang datang bila ada mahunya. Yang sombongnya lebih tinggi dari menara KLCC serta lagaknya melambung persis tin kosong berisi batu gerigi . Kalau diberi peluang, aku ini berkata pada dia ;

Gurauan itu kadang seperti serbuk magik,
dapat menggembirakan orang lain.
Gurauan itu kadang juga seperti jarum peniti,
nampak kecil tapi boleh melukakan hati.
Sudahlah, cukup sarat fikiran aku sehingga mahu termuntah huruf-huruf. Konflik selama ini aku hadapi, apinya semua berpunca dari percikan yang aku buat sendiri. Mungkin kerana hati aku yang seperti tisu, terlalu lembut dan sensitif, sehingga aku terlalu proaktif melindungi diri aku dari dicederakan berkali-kali oleh tindak-laku mereka. Disebabkan tidak mau terluka perasaan, aku me-Nyah diri aku dan membina tembok-tembok lutsinar, agar mereka tidak mendekati aku lagi sehingga pada akhirnya aku mendapati diri aku berseorangan sepi. Mula-mula tu, memang aku seperti plastik hanyut yang dibawa bah, kadang muncul di hilir, kadang duduk di hulu bermain komputer, kadang di sana makan nasi kerabu libry . Being alone and feeling lonely are two different thing.
Di ambang 2015, aku masih membiarkan tembok-tembok itu kekal. Kelak, di masa hadapan, aku tidak mahu kisah lagi semua tindak-laku mereka itu asalkan ia tidak melepasi tembok aku, tidak sekali-kali memijak-mijak kepala atau anggota tubuhku yang lain. Kini, hati aku juga dapatku rasakan seperti lali oleh perbuatan mereka, ditambah pula dengan konflik yang aku ciptakan sendiri. Lebih bermanfaat jika aku fokus dengan hal aku sendiri. Hal engkau, kau punya tahu. Aku dah tidak mahu ambil kisah lagi.

Hidup disini, serba sedikit mengajar aku bagaimana menjadi orang yang PENTINGKAN DIRI, kerana semua orang disini lakukan itu untuk hidup. Tapi aku masih ada prinsip yang akarnya masih kuat mencengkam. " tolong orang selagi mampu".

Walaupun, seperti melepaskan anjing tersepit, tidak usahlah menyesal. Sudah pasti ikhlas kita akan teruji. Fikir positif, setidak-tidanya kita tahu manusia itu orangnya jenis apa. We don't lose friend, we just learn who the real ones are.

Post ini bertarikh 28 Dec 2014

Alkisah malam tanpa elektrik

Kemarin, 9.36 pm 

Seperti biasa, rutin kampungku setiap malamnya adalah mati karan. What my mom said, macam biasalah. Gelap, lilin pun tiada. Terlalu bergantung harap dengan lampu moden yang baterinya boleh di cas, tapi sayang, perangai dia pun sama macam karan di Sandakan. Laptop Asus aku pula tiada bateri, menambahkan lagi kesunyian diriku yang dalam kegelapan. Terlupa nak mention, Broadband Maxis aku umpama kucing tidak bergigi, memang tidak berguna langsung, mei you line. Aku pun meraba-raba lantai mencari telefon, kemudian aku ON la telepon pemberian bapaku tu dan mula menaip-naip walaupun internetnya degaga.

Aku berada di Sandakan pada minggu yang kebiasaan pelajar gelar sebagai " study week", dengan hajat yang besar ingin menelaah powerpoint dan membuat nota yang cute-cute untuk final exam nanti. Untuk pengetahuan, aku memiliki pen yang pelbagai spesies dan diversity, antaranya ialah Stabilo, Faber Castell, g'soft, Faster dan banyak lagi dan Ekologist menggelar ia sebagai spesies richness. Kemudian aku varietykan lagi pen-pen aku dengan pelbagai saiz dan warna seperti highlight kuning, pen air, pen berwarna pink, hitam, biru, ungu namun dukacita saya rasakan bahawa, pen hijau tidak dapat bercuti bersama-sama saya pada hari ini kerana ia tertinggal di dalam laci meja asrama.

Bukan sahaja pen yang diversity ingin aku kisahkan, tetapi kegembiraan hati yang tak tertahan saat menerima assignment last minit. Happynya !!! Aku memanupulasi perasaan yang tengah skewed to the left. ( negetif).

"Tapikan Mai, jangan la ko tambirang situ, bagus ko buat tu karaja rumah bagus-bagus. Midterm pun teruk, mau lagi ko buat sinsai sinsai sana. Naa ada juga ni merepeat kali sem depan " kutuk si jantung.

Aish tidak guna punya jantung tidak sukung saya, tapi ada bunalnya ngomong si jantung itu.

Sebagai kesimpulan, berdasarkan pemerhatian, memandangkan tabiat karan di Sandakan ini yang agak tidak berdisplin, lebih baik aku bergantung harap pada cahaya matahari berbanding dengan lampu kalimantan. Terpaksa aku menyelesaikan dua assignment yang tertunggak dahulu baru aku membuat nota-nota yang comel. Sabarlah wahai cik Mai. Kalau laptopnya degaga bateri, buku besar bapanye ada jangan risau. Boleh belajar animal dan plant diversity. Lai-lai-lai

Pesan cikgu Hamimah masa sekolah rendah dulu, genggam bara api biar sampai jadi arang. Dimana ada kemahuaan disitu ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pilihan di tangan anda wahai cik Maisa. Terpulang


1. Species richness @ kekayaan spesies = bilangan spesies yang berbeza di dalam komuniti ekologi, landskap dan kawasan.
Lagi banyak spesies yang berlainan, lagi kaya la kawasan tersebut. Lebih kurang la. 

2. Degaga = Tiada


Post ini bertarikh 24 Dec 2014




Move On

Bumi petang dibasahi awan yang sedang menangis. Mencari balik waktu, bila kali terakhir aku tersenyum dan ketawa ikhlas dari hati. Bila waktunya aku berasa sangat bahagia dan happy ?

Movie itu penipu !! Siapa kata hidup di U seseronok begitu ? Dengan assigment yang berbukit seperti himpunan kain yang masih tidak dibasuh selama seminggu. Perang perasaan yang terkubur seperti periuk api, dendam tersembunyi, sakit hati yang tertahan-tahan dan juga dengki sesama sendiri. Mereka berlumba-lumba dengan taji di kaki, siap siga menjatuhkan sesama spesies, untuk mencapai apa yang dihajati.

Aku cuba menahan, memaksa untuk diam. Tetapi hati aku terus mendesak untuk bersuara dan jari-jemari aku memainkan peranan. Aku bukan pujangga yang bermain kata-kata untuk meluahkan rasa. Aku bukan penari yang boleh mengekpress perasaan dengan gerakan tubuh. Aku hanyalah seorang penulis biasa, yang begitu malas memegang pensel dan kertas. Mengapa aku perlu kejam pada diri sendiri membiarkan lidah mereka memanah menembusi dinding hati yang nipis dan banyak blood capilary ( saluran darah ).

Tarikan graviti maya menarik beberapa saat, minit, jam beberapa minggu yang lalu. Imej memori bermain di skrin laptop. Aku hanya melihat diri aku dan dia, bukan pada hati yang mungkin sedang berkumat kamit bermain kata-kata. Aku tahu hati aku, tapi bukan dia. Hujah-hujah yang mempertahankan prinsip dan seolah-olah meletakkan aku di kandang makamah. Aku lah pesalah dan tertuduh bersalah.

" Seperti pokok dihutan, kau spesies orkid aku pula si pokok Akasia. Kau beradaptsi untuk hidup, begitu juga dengan diri aku yang sehabis mungkin untuk bertahan. Mungkin kita tidak ditakdirkan menjadi Lichen ( alga dan fungus) yang saling membantu untuk mendapatkan faedah ( mutualism)."
Umpama tapak kasut yang menghempap satu koloni seni ( eukaryote ) , tiada tersisa sedikit nyawa, waris, dan kenangan baik. Kau hapuskan sekaligus menyah aku dari hidup mu. Takpe la, nak buat macam mana. Let me packing-packing first, put all our good memory that we share together into bagasi. Then I slowly go sampai kau tak sedar pun aku buka pintu melangkah pergi. Semakin lama kau mengenali aku, semakin banyak kelemahan yang kau akan jumpa. Ya aku memang tidak sempurna.

Bukitnya berumput hijau, si dendalion kecil menari-nari riang, gula-gula kapas terapung di langit biru dan aku berkaki ayam berdiri disini. Aku buang pandangan mata ke ujung sana, dipertemuan antara langit dan laut, kedua-duanya bewarna biru. Siapa aku sebenarnya ? Apa yang aku cari ? Adakah aku pencudang yang gagal mencari sahabat sejati.

Silap aku sering memalsukan wajah dimuka, atau sering diam untuk mencerita segala keluh kesah ?? Bukan. Kepercayaan !! Itu yang aku perlu sebelum aku membuka tirai-tirai rahsia. Ada mereka yang tak endah, cuping telinga seakan menutup pendengaran, ekor matanya berpaling pada yang lain, dan fokusnya pada telefon bimbit. Bagaimana untuk aku bercerita ?

Aku paranoid. Mungkin. Aku takut dikhianati, aku benci konflik dan aku tertekan.

Hari ini, biarlah aku sorong bagasi dan pergi. Terima kasih dengan memori singkat antara kita. Maisa Mohamad yang pendiam itu mau pergi jauh, dan dia memilih untuk happy, menikmati kehidupan dan berjaya macam orang lain.. menjadi siapa diri Maisa Mohamad yang sebenar, yang penuh misteri dan pelik.

TQ MEMBACA

Post ini bertarikh 26 Nov 2014

Hilangnya disini Mai..

Perut kosong, heater meletup rosak, telur ayam tak masak, kipas tidak bertenaga, pemanasan global, Microsoft 2007 dan rasa malas yang membuak-buak. Aku tidak bersemangat menelaah buku, minggu depan ada 3 peperiksaan yang bersiap siaga cuba menjahanamkan pointer aku. Arghhh tidak !!!

Siapa yang curi semangat aku ha ?? Siapa yang tekan suis off mood aku ha. CAKAP !! (nada marah)

Tiba-tiba angin bersiul lembut, menyapa lalu ia mengangkat daun-daun kering yang layu. Ada bisikan halus yang datang dari hujung bukit.
“Jadi kau nak kata hari ini hari SIAL ? Malang sedunia ??
“ kau yang cuai Mai… kau lalai… KAU !! ” Suara seperti makhluk Goblin dalam” Lord of the Ring terketar-ketar dia berkata”
Terasa mata lembing terpacak dalam jantung ku. Sentap, sakit dan realistik.

Kedengaran geburan air terpecik melepung di telinga, tubuh ku terhempas di permukaan laut dan perlahan-lahan tenggelam ke dasar berpasir. Ku lihat buih-buih mengelingi ku diiringi nyanyian maut. Rays, echinodermata dan molusca berdiri berlari terkejut saat ombak pasir terhambur menjadi ribut.

Kemana semangat ku hilang, adakah tersembunyi di dalam peti besi dalam kapal Titanic yang karam di Lautan Antartik ? Adakah tersisip-sisip dibawah tikar mangkuang ? atau dicelah-celah lubuk sawah padi, tempat sang belut berkubang dan bersuka ria? Bagaimana aku harus menemuinya?

Hilangnya disini Mai sambil jari menunjuk terus ke hati..

Pejamkan mata, ingat balik bait-bait kata yang bergetar keluar dari telefon pintar. Suara Mak kedengaran. Seperti mesin suara yang berulang-ulang kali berpesan untuk aku terus bertahan, agar aku tidak leka, supaya aku kelak BERJAYA. Habis liur,perit anak tekak namun dia tidak pernah lelah dan berputus asa. Aku pegang kepercayaan itu. Ingat Mai, misi kita apa.

Terlalu jauh kau hanyut dalam dunia malas, ayuh kita mendayung ke daratan nyata. Jangan kau lupa benua kita, berpijak teguh di tanah realiti, dan aku perlu bangkit !

Gali-gali gua emas, terus gali hingga ke mental bumi, hingga batu batu terluluhawa menjadi lava. Kenapa keluar geologi ni ?

Ada tiga pendekar berikat tali di kepala iaitu hang animal, hang mikrob dan hang orang putih. Tiga-tiga ini telah diupah oleh sultan untuk menguji tahap mana kuat otak aku. Lai, aku dah ready berentap di dalam bilik kuliah.

Ingat, kuatnya disini mai, sekali lagi jari tunjuk dihati. Perbaiki hubungan kau dengan Allah.

Post ini bertarikh 23 Nov 2014

Kupas Mangga Mentah

Ada perkara yang kita tidak mampu ubah, selain menerima ia seadanya. Siapa lagi yang menerima aku seadanya jikalau bukan diri aku sendiri. Ketakutan, kekalutan dan gusar yang selalu mengajuk-ajuk aku. Perasaan bersalah yang seperti hantu, menakutkan aku walau wujudnya itu palsu. Rasa sensitif dan paranoid tanpa asas munasabah membuatkan aku membina pagar elektrik, agar mereka-mereka yang mengancam rasa ku tidak melangkah masuk ke laman peribadiku.Tambahan lagi dengan wajah yang settingnya " default" untuk mempamerkan bermacam-macam reaksi spontan seperti bibir muncung kebawa dengan mata kuyu.

Aku adalah aku yang sebenar. Aku berubah kerana persekitaran ku memaksa, aku evolve untuk memastikan kelangsungan hidup aku disini, di habitat ilmu. Aku mungkin dilabel pelik, tidak produktif, tidak efisyen dan tidak relevan. Idea dan pendapat aku juga sering menjadi bahan untuk ketawa. Ada beza antara perbuatan berjenaka dengan mengutarakan buah pikiran. It is ok. Aku faham yang mereka tidak faham.

Silap aku yang terlalu super sensitif, terlalu risau dengan mimpi ngeri andaian yang dicipta sendiri. Masih wujudkah harapan untuk mereka cuba memahami spesies macam aku ini ? Atau aku perlu preserve diri dengan menjadikan diri aku se-eklusif permata yang asal wujudnya dari habuk kecil ? Aku meyakinkan diri aku, golongan seperti aku " INFP " adalah ekslusif, 2 % daripada populasi manusia dimuka bumi ini. Betapa aku ini " RARE ".

Aku menulis bukan untuk aku tembirang, kononnya aku rare macam kereta vintage. Aku menulis dengan harapan orang-orang yang aku sayang hubungan itu cuba memahami aku. Mungkin sukar, tapi aku berusaha membuka ruang untuk mereka cuba masuk kedalam dunia aku, mendengar prinsip, kepercayaan serta idealogi aku yang aku simpan jauh-jauh dari buah mulut.

# Tapi tinguk urang juga la sama siapa saya mau carita. Kalau sa tinguk urang tu macam ndak bagus ganyanya, ndak boleh dipercaya mana sa mau kasi ceritakan.

# Aku memilih dengan siapa aku berteman, dan kau juga mempunyai hak untuk memilih. Normal apabila kawan yang hadir keluar masuk dalam hati dan memori. Natural selection kunun.

Seperti mengupas mangga mentah,
walau tidak masak, tapi sedap dicecah lada.
Macam itu juga diri kita, mungkin kita sangka kita ini banyak kekurangan, tidak pandai matang tapi bila kita terima diri kita seadaanya, gilap kelebihan kita.. InsyaAllah kita juga mampu memberikan persaingan pada mereka.

Post ini bertarikh 14 Nov 2014

Bila pedang berkata-kata

Hujan singgah sekejap di tengahhari Sabtu,
seperti tahu, ada isu yang mengganggu aku
bahasa yang keluar dari kerongkong
adakah terbitnya dari hati dan akalnya kosong 

Tidak kah mereka tahu ?
Hati aku hanya ada satu,  tidak berbaju besi, kebal ?
struktur dindingnya lembut mudah pecah
mengapa ia kau lambung-lambung ?
murah sangatkah perasaan aku
boleh di cucuk, dikerat, dihiris dan dibunuh ?

Lidah tidak bertulang, lunaknya ia bermain pedang
begitu tepat menghiris daging perasaan..
menoreh cerita menggunakan garpu berkarat, berdarah
menumpahkan takungan airmata

bibir-bibir amerika itu tidak lagi berzikir
setiap katanya penuh toksin
tanpa amaran, mulut nuklear itu meledak
belum sempat aku berpaling menyelamatkan diri
hati aku sudah berkecai-kecai berselerakan

Tidak mengapalah wahai hati yang satu
setiap parut itu mengisahkan sesuatu
satu pengajaran juga amaran
agar kau lebih-lebih berhati-hati
mengendalikan hati kau agak tidak tercedera lagi

Satu peringatan untuk aku,
lebih baik aku bisu dan membatu
dari ledakan suara ku menghambur marah,
meninggi-ningikan suara
mengusutkan suasana..

* secara tidak langsung, ada ikatan yang kau rosakkan perlahan tanpa kau sedar

Silap aku juga, kenapa aku dekati mereka ? Last-last sewenang-wenangnya hati aku dilukakan. Apa hak diorang ? Hati aku, harta paling berharga, hanya satu. Kenapa aku terlalu cuai dan mendedah hati aku kepada bahaya. Kenapa ?? Kadang aku terpikir juga, untuk menjadi manusia berhati batu, tiada sensitif, belas kasihan pada orang lain, kuat Kebal dari kata-kata yang menyakitkan. Apa yang harus aku lakukan ? krik-krik-krik


* dan aku assume ( anggap ) semua perasaan sensitif yang hadir  sejak akhir ni adalah disebabkan HORMON tidak stabil. Semua ni salah ovum

Ovum : oi oi sikit-sikit aku, sikit sikit aku yang salah. Ini yang aku tak puas hati ni..
Aku    : kau bla lah cepat dari fallopian tube.


Post bertarikh 18 Oktober 2014


Bibir Biru itu tersenyum

Langit mengesat matanya
terlalu penat dia menangis

Aku tersenyum melihat kaki bukit dihujung sana
yang kemarin indahnya dilindungi kabus tebal
namun kerna kuatnya langit untuk tersenyum semula
membenarkan sinar matahari untuk menerangkan kekalutan
ku tutup payung pelangi
dan ku gagah melangkah menyusuri jalan ini

Organ dalaman kita seiring tua, semeningkatnya usia kita. Saban hari, sel-sel rosak dan tua akan diganti dengan sel yang baru. Kenapa aku cakap pasal sains ni ? hok aloh. Aku menulis tentang soal hati, tentang sakitnya aku melawan naluri semulajadi yang membesar seiring umurku kini.

Abad ini, nilai saham sebuah persahabatan sangat tinggi pada pengiraan aku. Bila nilai itu melonjak-lonjak naik, persahabatan itu satu persatu membusuk. Ku tercium bau sebenar disebalik cantiknya luaran mereka. Boleh aku ibaratkan, seperti kulit buah mangga yang kuning yang ranum dan sedap dimakan, rupa-rupanya ada orang-orang ( kumbang) tersembunyi di dalam, buruk dan tidak boleh di makan.

Apakah manusia seperti itu layak digelar sahabat ? Aku kira anugerah " kawan" pun tidak patut mereka terima. Tetapi, kita harus bersikap profesional atas dasar kerja dan pendidikan. Cuma luka pada batang hati aku yang kau toreh, getahnya masih mengalir sehingga kini. Adakah ada bibir-bibir seni dibelakang kepala mu, yang giat mengata aku ?

Why, why, why, tidak bolehkah kau berkata seperti manusia biasa, bukannya seperti hantu berbisik-bisik dibelakang telinga ? Jujur dan bilangin dong andai gue punya silap dan salah. TEGUR dan NASIHAT, bukan TAIP panjang-panjang dan POST di FACEBOOK menjajah cerita betapa buruknya perangai aku. Aku terasa, yes I'm and thank you very much. So kalau kau nak kata post tu bukan untuk aku, and well kau masih tidak matang, tidak profisional kepada orang yang kau giat perkatakan itu.

Satu perkara aku boleh janji pada kau, setiap MANUSIA boleh BERUBAH. Kau bukan TUHAN ataupun juri bertauliah yang layak memberi komen, nilai, markah serta hukuman terhadap orang lain. Kisas ndak dibawa mati bilang mamaku. Kau sibuk kutuk orang lain, kau tidak tahu, mungkin satu hari nanti dia lebih mulia, lebih baik dan lebih berjaya dari diri kau.

Ini pun satu peringatan untuk aku, aku kan aku dah kena. hahaha memang la sakit, tapi setidak-tidaknya aku nampak diri mereka sebenar. Setiap manusia boleh BERUBAH !! remember that.


Terima kasih kerana membaca.


Post bertarikh 11 Oktober.

Tulisanya tercetus apabila seorang rakan sekelasnya post tentang ketidak-puas hatinya terhadap aku.Aku mengaku aku mungkin ada salah, tapi tidak perlu mengata aku satu dunia.



Bila introvet berkata-kata

Mungkin ini adalah permulaan,
untuk aku seorang gadis introvert
bermain kata-kata dihadapan audience
berusaha menyampaikan apa yang hatiku ingin katakan

Aku yang tadinya
terdesak seperti banduan
bercita-cita tinggi untuk memboloskan diri,
lari dari penjara dunia..

Aku yang tadinya,
seperti helaian plastik jernih yang terapung di lautan,
berputus asa untuk berenang,
membiarkan takdir membawa ke ketepian..

Hampir aku berputus asa, dek kerana tidak percaya diri. Namun hati kecil aku sentiasa berbisik untuk aku berubah, menyahut cabaran dan ejekan manusia. Aku tahu apa yang hati aku ingin katakan, ada mesej untuk aku sampaikan. Benar kata mereka, komunikasi itu memainkan peranan.

Dunia Introvert, dunia yang lebih gah dari dunia anime. Kita sentiasa berada disudut, tertunduk dan bisu, malu mengangkat tangan dan bertanyakan soalan. Seluruh jasad kita gentar dan tercabar melihat ekstrovert bermain perkataan di atas pentas. Walhal hati kita begitu eksited, lancang dan berani berkata-kata, lebih hebat dari lidah pedebat.




#Alhamdullilah manang juga biarpun membaca kertas. LOL antam saja la




Lari lagi

Assalamualaikum. Selamat pagi dunia. Hairan. Kenapa aku menulis entry pagi-pagi rabun ni. Sebenarnya masih ada ketul-ketulan yang melekat dalam perasaan belum aku luahkan. Dan ia melemahkan sistem otak aku untuk berfikiran waras.

Macam ni rupanya hidup sebagai pelajar Universiti. Dan aku mula merasa tekanan yang menyerang dari pelbagai sudut menekan-nekan aku. Aku stress. Hari-hari ku padat dengan kuliah, tutorial dan lab.

Aku nak lari, seketika jauh dari realiti
dari kesesakan manusia
kepura-puraan wajah
senyum mudah tanggal

Aku nak lari, seketika jauh dari realiti
dan dari kesuntukan waktu dunia..

Kenangan 1 Januari 2014

Dah lama aku tak tulis entry, sejak peristiwa 1 Januari 2014 berlaku. Bilik asrama kami kena pecah masuk perompak. Aku cakap mereka perompak bukan pencuri sebab memang sapu bersih barang-barang beharga. Yang tinggal sama aku, harga diri dengan laptop 1 Malaysia. hahaha lucu la juga tapi sedihnya banyak.


Tapi part paling aku tak boleh lupa dialog roomate aku Danish ( bukan nama sebenar ).

" Duit Ptptn belum habis bayar.."

Kami jatuh miskin terutamanya adik manis Ms Lalalala. Beg mekapnya pun kena bawa lari. Selera makan kami merosot. Apa orang bilang, ndada nafsu. Mula-mula 30 minit selepas disahkan kena rompak memang ada babak menangis, tapi itu sekejap je, 23 jam 30 minit selepas itu kami ketawa je mengenangkan nasib. Ketawa la sangat, ye la benda dah jadi nak buat macam mana kan. Otak masa tu sempit, saitan kiri kanan berbisik.

" Bah aku call mama ku, suruh pugai saja, kita kasi PANAS...~ "

Namun syukurlah, mujur kami tidak melakukan syirik dan khurafat. Masih ada iman melekat di hati. Ada insan mengingatkan kami.

Kalau jumpa bomoh 40 hari sembayang tidak diterima Allah. Bah sayang bah tu pahala kan. Alhamdullilah. Terus kasi cancel pugai tu orang.

Memang peristiwa kena pecah masuk memberi satu tekanan emosi kepada bakal engineering, tarzan dan kaunselor terutamanya. Kami menjadi trauma dan paranoid. Bila tiba menjelang malam, bila matahari mula tidak menampakan cahaya. Fantasi mula bermain peranan. Kalau dulu berani belajar bersekang mata sampai jam 3 kini tidak lagi. Sanggup tahan kencing ok. Betapa kami masih takut. hohoho.

Risiko untuk dimasuki pencuri untuk kedua kali memang ada. Memandangkan kawasan bilik kami yang agak strategik. Kalau tidak dimasuki oleh orang yang sama mybe ada individu atau kumpulan yang lain. Silap kami juga, kami leka. Kami sangka Malaysia " aman ". Almari berlaya-laya ( terbuka ), laptop dan kamera atas meja. Rezeki depan mata kot. Selepas kajian hari tu, baru sibuk pasang kunci dari dalam, rajin dah kunci loker. Simpan harta beharga di tempat selamat, tutup tingkap awal-awal. Sikap kami ni tak ubah seperti sudah terhantuk baru tengadah.

Part paling lucu, si Rani Mukherjee ( bukan nama sebenar ) letak bawang putih di depan pintu. Supaya vampire tidak masuk kali hahaa.

Hei, memang lah nasi dah jadi bubur dan basi,tak boleh makan. Tapi lepas ni kalau masak nasi sukat air cun-cun ok. Jadikan ia pengajaran untuk kita.

Kata orang setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Aku bersyukur sangat-sangat perompak tu masih berhati mulia " sedikit " kerana memulangkan segala dokumen penting dan juga beg mekap Ms Lalalala. Yang penting, paling mustahak lagi bermuktamad, dara selamat. tiada nafsu kali lepas dia tengok muka kami tidur macam mana kan. hahaha.

Lagi satu hikmah yang entah la kalau kamu perasan. Hubungan aku dengan Rani Mukherjee , Danish dan Mr Lalalala semakin akrab. Keakraban di mana mandi pun mesti berdua-dua, tidur sama-sama, makan pun sama-sama. Kalau tak di sebabkan perompak tu. Memang kita tidur asing-asing oh. Kamurang tidak rasa sweet ka kita ni ?

Sebenarnya, aku dah lama nak tulis kisah kita ni tapi aku lupa skrip kecuali pasal duit ptptn . Jadi aku tulis kesimpulan sahaja. Lama juga aku mencari kekuatan untuk menzahirkan memori aku ni dan akhirnya hari ini otak aku berjaya bebas.

I miss my roomate <3

Aku Pelik

Dah lama aku tak menulis, sejak bilik asrama aku kena pecah masuk perompak. Entah mungkin sang pencuri itu turut membawa lari idea ku pergi. Mujur dia tak curi hati ini. LOL !

Aku suka beg ala-ala pelancong, aku suka payung bewarna-warni, aku suka bercakap dengan benda tak bernyawa , aku tak suka handphone cangih-cangih, aku suka pergi pasar ikan, aku suka ke kawasan perkampungan, aku suka baca komik Ujang @ Apo , aku suka makan lobak mentah-mentah, aku suka tonton wayang tamil dan hindustan.

Pelik ke ?  Mybe pelik bila aku bercakap dengan benda tak bernyawa or haiwan.

" Hei pen, bagus kau tidak payah jadi pen la kalau tiada ink. " 
" Hei kura-kura, tidak guna banyak duit syiling dalam akuarium kalau hidup tak bebas. " 
" Hei buaya, tiada guna gigi tajam kalau hidup masih dalam sangkar . "
Haha ya memang aku pelik.

Rasa apakah ini ?

Ya Allah selamatkan lah aku dari perasaan sebegini.

Andai benar dia jodoh ku, kau pelihara kami dari melakukan dosa
pantau hati kami dari terbabas dari jalan yang lurus.
jarakkan hati kami sehingga tiba masanya
Andai dia bukan jodoh bukan,
Semoga Allah pisahkan kita, jauh kan kami

Ya Allah, sesungguhnya aku inginkan cinta halal
Cinta yang mendahului diri Mu.
bukan cinta pura-pura yang indah dihiasi dosa.

Sedar,
Apa yang saya miliki hanya pinjaman sementara
satu hari nanti Allah akan minta balik
Mak, bapa, adik-adik, kawan, kucing, rumah, kesihatan dan banyak lagi. MasyaAllah.
Banyaknya Allah bagi pinjam. Baiknya Allah
Cinta awak cinta saya pun Allah bagi pinjam.
Kalau Allah berkehendak, Allah boleh tarik balik.

Kita tau apa kita buat ni salah
kita tau kita menghalalkan yang haram
malu kepada Allah

Jom awak, kita tinggalkan perkara yang tidak membawa faedah
kita tinggalkan dosa yang dah lama kita ternak sejak kita mula-mula kenal.
Awak tau kan, saya sayang awak, cintakan awak.
tapi saya nak BERCINTA dengan Allah dulu. 

Awak percaya jodoh ? Takdir
Sebelum kita lahir lagi Allah dah catat dah siapa jodoh kita. MasyaAllah
perlukah saya lafaz kata perpisahan ?
hakikatnya mencintai mu sedikit sebanyak melalaikan ku.

Zuan..








Bolos

Aku seorang pelarian
masalah mengejar aku
Aku seorang pelarian
aku lari dari hakikat, bersembunyi dari manusia
Hidup di planet asing
indah sang bunga namun berbuah racun
begitu la  hakikat bernafas disini
aku masih tercari-cari bagaimana untuk survive
masih memilih senjata  untuk aku bawa memburu
tabah kah hati aku ?


Satu tahap, aku terpikir sejenak. Hidup di Univerisiti tidak la seindah mana seperti yang aku bayangkan dulu. Hidup disini penuh berlumba-lumba mengejar pointer, persaingan sengit sehingga insan-insan terjatuh dan cedera terabai. Aku menangis, bila mana assignment menggunung Kinabalu banyaknya. Seolah dayaku tiada bersisa lagi. Terburai ikatan butiran air mata.



"..Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah:286)


Allah berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)

Evolusi

Selamat pagi dunia . Aku menulis pada pagi ini adalah untuk mempostitifkan diri aku sendiri, lebih baik aku meluahkan di sudut blog yang jauh dari sisi mata orang-orang sekeliling.

Evolusi, organisma hidup yang mempunyai " extra characteristic " untuk adaptasi di alam sekitar yang baru dan mampu hidup serta berkebolehan untuk menghasilkan baka untuk generasi yang akan datang. Konsep " Fitness will Survive ".

Tiada kayu, akar pun jadi lah

Aku nak berevolusi, bukan dari genetik DNA tetapi perlakuan aku, cara pemikiran aku menghadapi dan menyelesaikan masalah serta penampilan aku. Aku perlu berubah untuk kelangsungan hidup aku di dunia yang bernama Universiti. Aku rasa fizikal aku memang patut diubah dari segi kedudukan bibir aku yang hujungnya sedikit naik agar aku sentiasa senyum dan yang pasti saiz badan la, meh meh arr. Air muka aku berkocak sekencang perasaan aku sehinggi menimbulkan salah faham dan ketidakselesan orang yang berada di lingkungan yang sama seperti ku terutama roomate aku.

Lucu, itu je mampu aku katakan. Hati dan wajah ku mungkin terlalu rapat sehingga  orang boleh meneka perasaan aku, Adakah itu kelebihan atau perkara yang menyusahkan aku ?

ctrl + A + delete = format memori

Evolusi. Aku akan belajar mengawal ketenangan pada air muka sehingga orang lain tidak mampu meneka apa yang tersirat dihati aku. Aku rasa aku perlu bagitau diorang, memang aku macam ni, yang air mukanya kerap berubah seiring rasa hati. Beza aku dengan orang lain, aku tertunjuk tanpa aku sengaja. Bukan aku benci, marah atau merajuk, BUKAN. Pada aku, itu adalah fasa untuk aku menstabilkan perasaan aku, kembalikan hormon ke tahap yang normal. Tapi sudah sia bilang, itu muka pandai bergerak sendiri bah. Kawan-kawan aku yang " lama" diorang tahu la sikap aku. Kadang-kadang diorang biarkan aku bersendirian untuk  cooldown dan stabilkan semula segala rasa di jiwa.

Aku ni lembab sikit kalau bab perasaan sendiri jadi respon aku memang lambatlah. Nak ku katakan tak mengapa, tapi wajah ku membocorkan rahsia yang hati ku hampa. Sedangkan untuk haiwan berevolusi itu mengambil masa beribu-ribu tahun, ini kan pula aku si Maisa untuk berubah secara mendadak. Sebagai contoh,21 tahun sudah aku berniat nak kurus, tidak juga pandai kurus. Niat saja la. Aku harap insan-insan yang aku percaya dapat terima aku seadanya yang sentiasa menyusahkan dengan meminta pertolongan.Aku harap kamupun dapat sesuaikan diri dengan aku yang moodnya sentiasa berubah seperti iguana ? tau iguana tu apa ? Orang kita sebut sesumpah. Ala yang pandai berubah warna mengikut persekitaranya tu.

 Tidak apa tinggalkan aku bersendirian " SEMENTARA" tapi jangan tinggalkan aku selamanya. Aisyeh macam bercinta pula tau. Kalau ada apa-apa kasi tau saja sama sia.

Tarik nafas.. hembus...

Hari ini sia mau pergi lokawi tinguk mungit, gajah, baruang sama binatang yang lain la.


last word : 对不起 (Dui bu qi) .

Selamat Hari Jadi Bapa

Selamat hari jadi bapa !!! Hari ini hari jadi bapa aku juga. Kalau dapat aku undur masa, aku ingin jadi seperti orang lain, yang begitu akrab bersama ayah mereka. Aku tidak tahu, tapi sejarah mungkin membentuk perilaku aku sekarang, aku kekok. Dulunya makan pun tidak mahu semeja, suara, kaki menggegar rumah, setiap hari maki hamun bertukar tangan. Allah. teruknya perangai aku dulu.

Sejak tinggal diluar asrama, aku semakin berubah. Aku menfaatkan masa-masa aku ketika di-rumah, aku memilih tidak bergaduh dengan bapa, sehinggalah sekarang. Cuma aku cemburu, bila lmeihat adik aku bergurau senda dengan bapa, dan aku lihat dia tertawa. Cemburu. Aku tahu, nyawa aku yang bersisa ini belum tentu cukup untuk melihatnya sepuas hati, melihat dia sihat di depan mata.

Ada satu impian, ingin memeluknya seperti kawan-kawan lain yang memeluk, memegang tangan ayah mereka. Selama mana ego ini bertahan. Hujan di hati, tidak berhenti-henti mencurah saat aku menulis. Aku inginkan sebuah memori manis untuk aku kenang kelak bersama bapa.Andai diberi peluang, aku ingin kembali ke zaman kanak-kanak, ingin menjadi anak yang baik agar bapa aku selesa bersama aku kelak.


Al-fatihah. Aku rindu bapa. Semoga panjang umur, diberikan kesihatan dan kuat bersama mama untuk melihat kejayaan aku, kejayaan adik beradik. Agar dapat ku membalas segala jasa dan budi, agar dapat aku hantar kalian berdua mengerjakan umrah dan haji. Allah aku rindu..