Sabtu, 1 November 2014

Kurus untuk sihat

Kulat yang tumbuh di daging tubuh
memamah masa, meratah zahir seiring usia


Badan ku gemuk
 gemukku itu adalah parasit
 Parasit yang menyerap segala bahagia 
yang sepatutnya aku lukis pada hari kemarin
 dan ia mengancam hari esok ku..

Badan ku gemuk
lemak itu  menyumbat diseluruh pelosok tubuh
menyesesakan trafik darah di sepanjang salur
jantung semput terhinjut-hinjut
oksigen perlu dihantar  ke daerah yang perlu 

Dulu aku beriya-iya nak kurus, kenapa aku nak kurus ? Sebab aku nak cantik. Aku nak orang terima aku, aku nak ramai kawan, aku nak berhias, berlawa dan berdandan macam orang lain. Aku rasa, sebab aku gemuklah orang tak suka aku, tolak cinta aku. Aku nak buktikan pada diorang yang aku sebenarnya cantik. Pada aku, semua orang memandang pada luaran, nak berkawan pun tengok fizikal dulu.

Itu jawapan jujur dari hati, aku sedar tahap pemikiran aku terlalu cetek sampai macam itu sekali. Aku sedar ada hikmah Allah beri aku tubuh seperti ini. Allah nak aku faham, lihat dan menilai sendiri apa itu IKHLAS dan JUJUR. Aku kenal siapa yang boleh aku anggap kawan, aku kenal siapa yang ikhlas berkawan dengan aku. Sangat sikit dan aku kira itu berbaloi untuk aku.

Sejak bulan lalu, aku monitor tahap urik asid dalam darah aku. Kali pertama aku mendapat result yang amat mengejutkan. Bacaan urik asid aku dua kali ganda dari tahap normal iaitu 600. Bacaan normal adalah 340. Aku cuba kurangkan daging merah, hati, dan paru tetapi apakan daya nafsu serakah ni pandai menghasut aku untuk menjamah sedikit, konon la. Minggu lepas aku check sekali lagi urik asid dalam darah aku, kali ini bacaan aku menurun tetapi masih melebihi bacaan normal iaitu 470.

Aku tersentak dari lamunan, liga otak ku berpikir tiada bersubjektif.  Lalu mulut ku terlalu berat untuk mengukir senyum dan tawa. Aku takut. Penyakit gout yang diturunkan dari bapa ku bukanlah hadiah yang aku patut bergembira. Betapa sengsara ku lihat bapa dan makcik aku menahan sakit sendi disebabkan gout.

Semangat baru tiba-tiba meresap menjalar keseluruh tubuh. Aku patut diet, aku perlu kurus. Aku tiada pilihan selain kurus, aku nak sihat !! Kali ini iktizam aku berubah walau kurus itu target aku. Aku nak sihat. Ya aku nak SIHAT.

mudah-mudahan aku dapat berdisiplin dan mengawal nafus buas aku terhadap makanan. Berdisiplin untuk tidak mengambil daging merah seperti daging lembu, hati dan paru. Kurangkan makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, roti dan mee segera. DIET ATKINS.

Chaiyookk !!


























































































0 ulasan: