Rabu, 4 Disember 2013

Penjara Universiti

Assigment aku tolak ke tepi sekejap. Segelas teh hijau cukup berkuasa memanaskan enjin otak aku untuk berkata-kata. Lama dah aku tak menulis, macam-macam  perkara bersesak dalam sangar otak aku. Kadang-kadang melambung aku ke puncak stress.

Bukan soal cinta lagi untuk aku tulis. Nehi. Sejak satu dua minggu ini, hari-hari aku terburu-buru menyiapkan tugasan, mempersiap-siapkan diri untuk presentation dan individual speech. Padat dan sesak. Aku lihat sekeliling aku, semua mereka bagai enau dalam hutan, melepaskan pucuk masing-masing.

Berlumba-lumba memburu nombor " 4 rata ". Berpusu-pusu dengan gopoh, tanpa melihat orang disekelilingnya ada yang terjatuh, terpelosok dan terseliuh. Aku tak paham. Perlukah kita menanam sifat PENTINGKAN DIRI dalam menuntut ilmu ?Kenapa? apa kau takut peluang untuk kau menjadi cemerlang menjadi tipis sekiranya kau berkongsi ilmu yang kau peroleh??

Ini yang aku rasa sekarang. Nilai-nilai murni dalam menuntut ilmu semakin susut mendadak akibat dari semangat berlebih-lebihan untuk mendapatkan markah cemerlang. Semangat saling bantu-membantu kian pudar. Yang ada hanyalah belajar bersendiri, simpan dan memeram info-info dan kefahaman.
Pentingkan diri. Aku tak bermaksud kita perlu membenarkan pak mandur berleluasa dalam kumpulan kita, membenarkan para-para tidak pembuat kerja meniru bulat-bulat tugasan kita. NEHI !! Bukan itu yang aku maksudkan.

Aku rindukan suasana pembelajaran sekolah. Di University ini, kawan-kawan pun seolah-olah menjadi musuh. Aku masih tak faham. Bukankah kita berjuang bersama-sama di dalam bidang dan aliran yang sama. Persaingan? Mungkin tapi aku tidak rasa ia sihat sepenuhnya kerna bibit-bibit dengki sudah pun menyelit.
Its our choice, we have the right. We want that, then we will do that. Aku suka ayat ini. Semuanya berbalik dari diri kita sendiri. Aku harap aku tidak menjadi golongan-golongan enau dalam belukar. Hopely

0 ulasan: