Rabu, 17 Julai 2013

Semanis Peria

Salam dan Hi, ini kisah aku. Kisah yang aku kira sebagai memori paling pahit namun satu pengajaran manis buat aku.

Nama aku Maisa, aku seorang budak perempuan yang bersekolah di St Micheal. Disekolah ini la aku mulai menerokai keseronokan sebagai seorang remaja. Masa dekat sekolah aku seorang yang ceria, pemalas, peramah dan ramai kawan.Masa tu aku ada bestfriend, 2 perempuan, 3 lelaki, Razif bin Rahim, Syahrul bin Hamid, Ray George Luting, Rasidah binti Alfad dan Ellie M Padilla. Kami bertiga mengharungi susah senang bersama-sama, sehati sejiwa la dikatakan. Pergi kantin, lepak , tidak buat kerja rumah, kena denda, gagal peperiksaan tu pun sama-sama. Banyak benda aku berkongsi bersama mereka. Memang aku seronok dan gembira. Tapi lain pula sikap aku waktu aku kat rumah. Aku kurang hajar dengan mak bapa aku. Lawan cakap, kuat memberontak. Baran aku menjadi-jadi. Sampai ada satu ketika aku pernah lari dari rumah. Masa tu, aku rasa ibu bapa aku langsung tak paham aku. Mungkin mereka membenci aku sejak dari dulu. Memang buruk la perangai aku waktu tu, macam saitan. Bapa aku selalu marah aku sampai memaki hamun, mata mak aku pula begitu mudah menjatuhkan air mata. Mungkin waktu tu, darah muda aku begitu bergelora tuk memberontak ke aku pun tak tahu kenapa . ( ish-ish teruknya aku dulu )

Sewaktu aku belajar di tingkatan dua. Aku benci satu orang guru, nama dia Cikgu Leong, seorang guru yang tak lekang dengan rotannya. Sikit-sikit mau rotan, sikit-sikt mau saman. Masa tu memang aku rasa dia la cikgu paling kejam dia benua Asia. Pada waktu itu cikgu Leong mengajar subjek Geografi. Subjek yang best tu pun buat rasa naik benci nak belajar.

Hari selasa, Razif tiba-tiba plan nak ponteng sekolah . Dia mengajak aku dengan yang lain-lain. Aku sebenarnya tidak pernah ‘skep’ sekolah langsung. Rekod aku bersih dari kes-kes jenayah ringan sebegini. Kami berlima sepakat ponteng sekolah pada hari esok. Aku dengan hati yang takut-takut hanya menganguk tanda setuju. Ini la waktu julung-julungnya aku melakukan kejahatan ringan.

Keesokannya, aku dengan lengkap berpakaian sekolah sengaja turun lewat ke sesekolah. Sampai saja kat bawah sekolah, aku melencong ke Taman Tun Razak. Ya Allah takutnya aku waktu tu. Tak sedap hati. Tiba-tiba aku nampak Razif duduk sebelah seorang pakcik cina. Aku tanya kenapa kau duduk kat sini, dia cakap supaya tidak ketahuan cikgu kalau duduk dekat pakcik-pakcik. Logik. Tidak lama kemudian Syahrul pula tiba. Ray , Rasidah dan Ellie tak muncul-muncul. Segan juga aku, maklum la aku sorang saja perempuan, tapi aku tetap percaya kan mereka berdua. Kami pun duduk kat bawah pokok. Masing-masing membuang mata kearah laut. Setiap dari kami ada kisah untuk diluah. Satu beban yang kami rasa orang lain susah nak paham. Remaja kan, memang waktu tu otak sempit.
di sini la kami bertiga ponteng sekolah
Cerita punya cerita, tiba-tiba ada suara garau menjerit nama aku. “ Isaaa, pulang sekarang !! “ Allah suara pakcik aku. Lutut aku rasa longgar, perut aku kecut. Aku jadi takut. Mampus la aku lepas ni. Razif dan Syahrul hanya terdiam pucat . Takut macam aku juga la tu. Pakcik aku dah la Ustadz, MUIS pula tu. Nasib je la aku tak dituduh tangkap basah dengan Razif. Tak pasal-pasal aku kawin free dengan dia ( hehe). Memang aku rasa dunia aku gelap. Dah la hari ‘ first time ‘ aku ponteng sekolah, ketahuan oleh pakcik sndiri pula. Memang bertuah betul la aku rasa.

Sampai kat rumah makcik aku, aku tengok mak aku nangis. Baru aku teringat, pada hari itu kenduri arwah nenek aku yang ke 100. Adoii!! Sanak saudara kecik besar semua tengok aku kena marah, kena pukul oleh makcik aku. Sakit juga hati aku. Aku skep pun sebab aku tak nak masuk kelas Geografi. Diam-diam aku, tiba-tiba timbul rasa nak memberontak. Bisikan saitan la tu. Aku cuti 3 hari sebab aku malu nak ke sekolah, berhadapan dengan kawan-kawan dan cikgu aku. Gempar satu sekolah oleh aku. Ish2x budak skema buat hal.

Pakcik aku yang tangkap aku jumpa aku secara privacy. Dia ceramah aku. Pakcik aku mencerita aku tentang kisah Nabi Musa dan tongkatnya. Tiba-tiba api baran aku padam. Mata aku terbuka, timbul satu kesedaran dan insaf. Aku nangis depan pakcik aku. Masa tu aku sedar, betapa banyaknya dosa yang aku buat. Berapa kali aku buat mak aku menitiskan air mata. Yang aku ingat pakcik aku cakap “ kau dengar la radio, tidak salah pun. Biar la apa orang mau cakap. Itu kau punya minat . “ Aku pun tak tau kenapa pakcik aku cakap macam tu, aku dah lupa.

Selepas peristiwa itu, aku bertekad untuk membuat mak aku menangis lagi. Tapi menangis gembira. Aku pun berubah, aku study la betul-betulkan. Syukur Alhamdullilah. Masa PMR aku dapat mengejutkan cikgu-cikgu aku dengan result aku. Tak la Street A tapi banyak juga la A. SPM pun sama dan akhirnya aku dapat masuk Matrikulasi Labuan. Sekarang aku tunggu keputusan UPU untuk lanjutkan pelajaran di alam Universiti.

Oh nak tahu tak tak kenapa kawan aku yang tiga lagi tak datang ponteng sekali dengan aku. Pertama Ray George, dia kebetulan pula demam. Cikgu disiplin telepon mak dia mengatakan dia ponteng, tapi mak dia cakap dia ada dirumah dan Ray terselamat. Ellie pula, tiba-tiba pula bapa dia hantar dia kesekolah, betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah. Dan Rasidah pula, dia terasa tak nak ikut serta ponteng. Diorang tu pun teruk bah, bukan diorang kasi tau awal-awal.

Allah Maha Berkuasa. Andai saja aku pada waktu itu tidak ketahuan oleh cikgu dan mak aku. Mungkin aku tidak menjadi seorang manusia berguna, mungkin mak aku masih menangis derita.. Aku bersyukur semua yang berlaku ada hikmahnya.

0 ulasan: