Selasa, 16 Julai 2013

Lumpuhkan lah ingatanku

Melupakan dan berhenti mencintai adalah dua perkara yang berbeza.
Belajar melupakan tidak bermakna menghentikan perasaan cinta serta merta
Berhenti mencintai tidak bererti melupakan dan menyekat segera perasaan rindu..


Aku harap hati aku berlari dengan membuta tuli,
dan dipertengahan jalan, datang lori besar
dia langgar hati aku..
hati aku cedera parah di bahagian kepala..
kemudian dikejarkan kehospital..
dan hati aku lumpuh ingatan..

Aku nak hati aku berhenti mengingati dia,
berhenti mencintai dia, berhenti dari merindui dia..
Aku mungkin sudah berhenti mencintai kau..
tapi melupakan kau, begitu sukar bagi aku..
tersangat susah dan mungkin mengambil masa yang panjang..

Apa-apa pun semoga bahagia..
Ada hikmahnya apa yang berlaku..

0 ulasan: