Rabu, 17 Julai 2013

Hidden Dream - sebuah kisah dongeng yang dikorek dari lubuk hati

You know what, for sure, everyone have a dream. Me too. I also have a dream but every body who breath by using oygen in this atmosphere do not knom it might be true or not. “The Hidden Dream” Chewah speaking la saya. Amboi-amboi orang nak ambik MUET la katakan.

Aku, impian aku biasa-biasa je, tapi nak menjadikan dia sebuah kenyataan aku pun tak pasti la. Kata orang setiap impian tu mencetus sebuah kejayaan. Cita-cita dengan impian sama ke maksud dia??

Untuk aku, cita-cita tu mesti mau dapat punya. Impian pulak, sebuah angan-angan yang kalau jadi wah alangka seronoknya. Dan aku tak pasti lagi adakah impian aku boleh dapat ke tak. Its ok

Impian yang biasa aku cakap kat orang, aku nak KURUS SEKSI CANTIK dan MENAWAN, ok tu satu, then kedua dapat kerja gaji besar-besar, jadi orang kaya beli rumah kereta bercinta kawin beranak n what ever la. Impian tuk keluarga cerita lain pulak.

The Hidden Dream aku sebenarnya besar tau.

Ok cuba bayangkan aku ada duit, first aku nak beli actually kamera DLSR jenama canon or nikon. Kalau boleh semua benda-benda menarik depan mata aku, aku nak jadi kan sebuah kenangan di dalam sebuah bentuk gambar. Walaupun sekadar gambar, tapi aku boleh ekspresikan sebuah cerita tanpa perlu bersuara. Bestnya ada kamera.
Lepas tu aku nak jelajah semua kampung-kampung. Entah la macam best je pergi kampung orang. Lebih baik dari pergi shoping kompleks. Pergi kampung orang. Aku boleh tau aktiviti harian diorang, mengenali aktivit sosial mereka. Boleh ikut memukat ikat kat sungai, makan makanan masakan orang kampung,cari kangkung, sawi yang di tanam.Tengok bebudak main guli, kejar-kejaran, memetik buah mangga, bagi ayam makan, ikut pergi kebun dan macam-macam lagi kehidupan orang-orang kampung.

Kan aku ada kemera, boleh aku amik gambar setiap kampung yang aku pergi. Amik gambar makcik-makcik cari kutu, atuk-atuk sedang menggulung rokok daun, bebudak-budak bermain di sungai. Wah mesti cantik gambar yang aku amik tu kan.
Aku nak sangat mengenali kehidupan sebagai nelayan. Wah masa dapat tangkapan, punya la rambang mata tengok ikan-ikan. Ramainya ikan. Kalau masak tu mesti lemak punya la. Huhu nak ikut tangkap ikan pacik.

Impian aku lagi, nak pergi ke pendalaman sarawak. Etnik kat sarawak sangat unik bah. Tarian dia, kraftangan dia colourful. Makanan dia, huhu sangat unik. Aku dah pernah makan ulat mulung. Tu salah satu impian aku. tinggal ayam pasuh je belum. Nyum2x.. lepas tu, diorang punya cerita rakyat sangat misteri . dulu aku pernah baca sebuah cerita rakyat sarawak. Pelik sangat tapi seronok membacanya. Seronok membaca sejarah pelik-pelik ni
Lagi impian aku nak jadi sukarelawan kat negara orang. Misi penyelamat macam tu. Entah lah,kalau la ada offer rasanya aku akan pergi. Andai la benar aku jadi NURSE, boleh baitu kan pergi sana. Tolong mangsa-mangsa yang cedera. Tolong adik-adik bagi cuci luka-luka diorang, tenangkan ketakutan yang menghantui mereka.
( * tapi aku tak dapat jadi nurse so aku decide nak jadi tarzan, penyelelamat haiwan belantara antara benua* )

Ok la, tu la hidden dream aku. nampak je biasa-biasa kan, nak menjadikanya tu susah sikit. Terutamanya nak pergi naik kapal nelayan, join sekali dengan pakcik nelayan. Kalau la aku ikut team majalah tiga ok juga tu. Buat dokumentasi. Entah la, pengalaman macam tu, susah nak cari. Seronok dan bangga mendapat pengalamn macam tu. Mudah-mudahan ada rezeki boleh la ku merealisasikan impian tu.

sekian









0 ulasan: