Khamis, 13 Jun 2013

Ego itu Bisul

*Semua yang aku taip hilang. Dah nak habis pulak tu. Takpe lah, sekurang-kurangnya aku tahu ego itu umpama bisul.

Ingat lelaki saja ke ada ego ? Perempuan pun sama ok. Macam aku, kadang-kadang ego yang lama berbisul dalam hati aku ni buat aku jadi sombong, bongkak, angkuh, prasangka buruk, pandang rendah dan macam-macam lagi lah yang tak elok. Ego sangat memudaratkan hati dan otak.
" eh buat apa nak bagi tau aku? nak mintak pendapat aku. Aku bagi tahu pun bukannya kau dengar pun, ikut cakap aku. Buang air liur aku je tau. penat je aku membebel. Padan muka kau " ini antara bisul ego aku yang menghasut. 
Ya Allah, ampunkan la dosa ku. Mak, Pak, adik-adik ku, makcik, pakcik, kawan-kawan, kucing-kucing ku. Aku mintak maaf ok. Aku kesal dengan sikap aku. Mungkin kamu tak perasan, tapi biar lah aku mengaku bersalah.Aku tahu aku tak sepatutnya berfikir seperti itu. Dan saya mengaku bersalah encik!

Arg kurang hasam kau ego durjana,berbisul di hati kau bermahajajela. Mahu saja aku picit-picit kau ego.Menyusahkan aku dan orang lain. Memang aku nak tunyah kau guna caseno, dettol ke hapekah. pergi-pergi-pergi!! nyah kau dari hati aku. Aku tidak mahu lagi kau menghuni di hati aku, dah la tak bayar sewa, kau buat dajjal dengan aku lagi. Berambus!!
Jantung :
Mai, kau jangan biarkan ego kau yang keras kepala tu take control tubuh kau, control kawan aku, si otak. bersangka baik la pada orang lain. Dengki tu, tolonglah jangan! kau halau la ego dan dengki kau. bernanah aku tengok. Listen, setiap tubuh manusia yang lahir, bergerak bernafas berlari ini cukup sempuna Allah jadikan. Setiap dari kita punya keistimewaan tersendiri. Diri kau dan diri mereka tak sama.

Bab nak mintak pendapat or nasihat tu, kau tak boleh mendesak sangat ! Kau tak berada ditempat mereka. Kau mungkin tak paham perasaan mereka, bebanan yang mereka rasa. Kau cakap senang lah. Itu bukan memahami mai. Please, masih sempat perbetulkan diri :)

Khamis, 6 Jun 2013

Ku pendam sebuah hasrat

Impian aku ? Aku ingin memiliki sebuah kamera digital DLSR. Aku teringin sangat nak belajar cara  ambil gambar. Kalau boleh, semua perkara yang menarik yang berlaku di hadapan aku, aku nak potret menjadi sekeping gambar untuk di kenang-kenang.
Perasaan untuk memiliki kamera itu sangat membuak-buak. Aku cakap dekat mak aku, tentang hasrat aku. Otak aku terlupa, yang keluarga aku bukan orang senang. Cara aku cakap dekat mak tadi seolah-olah satu desakan. Astaghfirullah.

Biasalah kan nafsu kadang-kadang pandai melonjak-lonjak. Aku hampir tak sedar. Kamera tu biar la aku usahakan sendiri. Tak perlu nak bayar CCM ( bayaran bulanan) , tak payah nak hutang sana sini, tak payah susah kan Mak. Kesian Mak.
Tak pe Mai, nanti bila dah berjaya, masa tu mesti kau dah cukup duit kan. :) nanti kita beli la ye. Sabar hati, tenang jantung, positive otak k.
Hasrat di pendam tiba-tiba bangkit,
meloncat-meloncat,
Menakutkan mereka-mereka yang tidak berduit..
Dan aku cepat-cepat kubur hasrat tu balik,
tanam dia lebih dalam,
biar ia jadi Ubi berisi.