Isnin, 13 Mei 2013

Cinta Platonik

Bercinta dengan kawan baik sendiri mesti best kan. Sebab kau dan dia dah lama kenal, saling memahami, tahu apa yang kau suka kau tak suka, saling menerima segala kekurangan yang ada. 
Mungkin sepanjang jalinan persahabatan itu, kau terjatuh hati dengan sikap dia yang ambil berat, memahami , cara dia melayani kau dan sebagainya. Dan masa tu kau rasa nak berterus terang dengan dia. 
akibatnya sama ada (A) ataupun (B)
(A) Approve
(B) Reject, Ignore dan You lose yours Friend
Salam dan Hai, 
Aku Maisa dan ini kisah aku. Pada masa dulu, waktu muda-muda, ketika tu aku masih dalam darjah empat. Aku berkawan seorang budak lelaki. Masa tu aku tengok dia CUTE semacam je. Dan aku rasa aku suka dia. Mula-mula aku rasa perasaan cinta monyet ni setakat monyet sahaja dan segera berakhir. Tapi aku silap, perasaan suka aku dan makin berlanjutan teruk, dan menjadi rasa sayang dan cinta ( eii geli pula ayat ni ) sampai la aku berumur 20 tahun. Maksud dia dah 10 tahun la aku suka dia kan. 
Dah remaja-remaja sikit, aku dan budak lelaki itu masih berkawan baik dan dia seorang “ PLAYBOY”. Sakit la jugak hati aku tengok dia kehulu ke hilir dengan perempuan lain. Bunga-bunga harapan aku mekar waktu dia “BREAK” namun pada kelazimannya status bujang tersebut akan kekal selama 30 hari. 

Kalau nak tahu aku pernah beritahu yang aku suka dia, masa tu aku darjah 5 dan tingkatan 2. Masih nampak monyetnya kan. Memang pun. Lepas dua kali confess perasaan aku ini, dia reject aku, dan just ignore. See , ini yang terjadi selepas aku luahkan perasaan kat dia. Memang lah, mungkin aku hanya sekadar kawan, ataupun aku ini tak cantik sesuai tuk dia. Its ok. Emang gue pikirin. 
Selama 10 tahun tu, memang la aku sakit hati, melihat orang yang aku cintai siuk-siuk saja bercinta dengan orang lain. Bila single baru datang lepak dengan aku. Aku pendam sahaja perasaan aku yang berbaki sebab aku tak nak kehilangan seorang kawan disebabkan perasaan cinta aku. Itu semua poyo! Dan aku akui silap aku sebab aku khianati keikhlasan dalam sebuah persahabatan. Sepatutnya aku tidak jatuh cinta dengan kawan baik aku sendiri. 

Aku pernah juga bercinta dengan kawan ala-ala kawan tapi tak baik sangat pun. Tapi tak selancar yang di sangka. 2 minggu je kekal. Nasib la kawan aku merangkap ex aku pun tak berapa nak serius. Aku rasa memang pelik la bercinta dengan kawan sendiri. Kalau masa kawan –kawan dulu, lantak dia la nak kawan dengan perempuan mana ada aku kisah, lepas bercouple tu, macam bibit cemburu tu timbul. Benda tu yang tak best, buat hati sendiri je sakit. 
Aku kena perbetulkan otak dan jantung aku. Jangan pernah jatuh cinta dengan kawan baik sendiri!!! Kawan tetap kawan, dan aku bahagia dengan keadaan itu. Jodoh tu rahsia Allah. 

0 ulasan: