Jumaat, 8 Februari 2013

Rahsia aku tentang mrR

Satu hari nanti, bila impian mu telah menjadi kenyataan. Aku akan beritahu siapa lelaki itu. Itu pun kalau aku ada kekuatan la.. hehe


Hei R, senang hati aku dapat tengok kau gembira, bahagia.. Kau masih nak tahu kah lelaki yang aku minat sejak 10 tahun dulu tu ?? Budak tu masa kecil-kecil dulu, dialah budak lelaki tercomel yang pernah aku kenal. Dia layan aku baik tak macam kawan-kawan aku yang lain. Dia masa budak lagi memang gantle man la . Dia lelaki pestime pegang tangan aku. Masa tu waktu pendidikan jasmani. Budak lelaki tu adalah cinta pertama aku.

Bila dah besar-besar sikit, dah masuk sekolah menengah, aku still minat kat dia. Habis sekolah mesti balik sekolah sama-sama. Dia baik budi bahasa, selalu bagi makcik-makcik kerusi tuk duduk. Sometime dia tolong aku angkat buku. Waktu rehat, kita orang selalu kongsi minum air oren. Pernah satu hari, bas lambat datang. Dia sanggup stay dengan aku. Dia cakap, sudah tanggungjawap dia nak pastikan aku selamat. Cehwah, macho gitu. Aku masih ingat waktu kita form 2, masa tu kita ponteng sekolah sama-sama kat taman. Tengah syok kita bercerita tentang masalah keluarga, pakcik aku pulak datang. Hahaha, dah la masa tu first time ever aku ponteng, ketahuan pulak >.<!!

Dia mana lah ingat semua ni. Mesti dia tak percaya, aku masih boleh ingat semua mesej-mesej dia. Tolong katakan, ini semua bukan poyo.


Waktu ini juga aku tengok kau bercinta sana sini. Mula-mula kalau kau ada hati dekat perempuan kau mesti kongsi cerita dengan aku, kalau kau ada masalah dengan perempuan, kau mesti tanya pendapat aku. Ye la aku kan kawan kau yang memahami la sangat. Ok seriyes aku frust gila. Ye lah sebab lepas tu kau asyik dengan GF kau. Dengan aku kau jarang lepak. Bila kau single, baru kau lepak dengan aku dan kawan-kawan yan lain. Aku rasa tak adil.

Tapi kau tak lama dekat sekolah menengah. Kau berhenti, aku sedih sangat. Lepas tu aku tengok kau dah berubah. Kau entah la aku nak cakap macam mana. KEPALA BATU kot. Mak kau nasihat kau tak dengar ini kan aku lagi, kawan kau. Kau kata kat aku, kalau kau dapat miliki si dia, kau akan berubah. Hopely. Aku tak nak kau kecewa kan si dia itu.


mrR, Im quit. Just stay be my friend. Bodoh la saya kalau cakap saya takda hati kat awak. Tapi saya akan pastikan dan yakin, lambat laun perasaan pelik-pelik saya tu akan hilang. Maaf kerana telah menyimpan perasaan kat awak. Sorry  

ADOii.. berani kah aku ?? tunggu waktu yang tepat.. lalalalalalaaaa..

0 ulasan: