Rabu, 6 Februari 2013

cerita si Ego

Ego tu macam kanser, dia membunuh perasaan sendiri dan orang lain.

" kawan, buat apa kau nak mempertahan kan ego kau tu. Ego kau tu tak betul. Menyusahkan hati dan otak kau sendiri. Buang la. Tak ada guna pun nak pertahankan. Bukan boleh bawa untung pun "
Alkisah masa zaman-zaman budak-budak dulu, ketika pertama kali kau menyukai seorang budak perempuan. Lalu kau menulis surat meluahkan perasaan kepada si budak perempuan tu. Dalam surat tu, kau berjanji satu hari nanti kau akan menjemput dia dengan sebuah kereta merah. Dan akan kau lamar dia menjadi kekasih.

Namun, takdir Allah tidak seperti yang kau rancang. Budak perempuan itu terpaksa pergi berpindah keluar negeri mengikuti keluarganya. Kau dan dia berpisah untuk satu tempoh yang lama.
kau hidup seperti remaja biasa. 10 tahun kemudian kau akhirnya dapat mengesan budak perempuan itu. Kau dapat alamat nombor telepon dan facebook si dia.
Alangkah gembiranya kau pada waktu itu. Cinta pertama mula berputik semula. Dan kau memasang angan-angan lama.

Kau sudah lupa, dia pun menjalani hidup sebagai seorang gadis remaja. Dia juga telah bercinta. Namun bukan dengan engkau. Kau marah. Kau tak mahu berkawan dengan dia. Gadis perempuan itu sudah berpunya.


EGO!!!!
tidak adil untuk budak perempuan itu
Cinta tak semestinya memiliki. Jodoh itu Rahsia Allah. Seyakin mana pun perasaan mu, kalau Allah tidak kasi komform, ndak menjadi juga tu.

0 ulasan: