Selasa, 1 Januari 2013

MR R lagi

by Maisa Mohamad on Thursday, October 25, 2012 at 8:02pm ·

Awak masih sayang kan dia Mai?
Ya hati. Aku masih sayang kan dia. Dia kawan baik aku, dia cinta pertama aku. Macam mana aku boleh lupakan dia

Awak masih cintakan dia Mai?
Hei jantung, sayang tak bermakna cinta, sayang tak bermakna aku nak memiliki dia. Melihat dia gembira dan baik-baik saja sudah cukup bagi aku Jantung
Kenapa tak terus terang je Mai?
"Aku dah pun, nak terus terang tentang apa lagi?? Mungkin dulu aku pernah berterus terang yang aku suka kat dia sejak darjah 4 lagi. Mungkin dulu aku pernah menyatakan perasaan tapi kawan tetap kawan kan jantung. Dan dia menolak cinta aku dengan cara baik."

*** Tapi kau masih tak dapat nak lupakan dia kan Mai..
Aku rindu diri dia yang dulu,
Aku rindu kasih sayang dalam sebuah persahabatan
Aku rindu cara dia melayan aku sebagai seorang kawan perempuan
Macam mana aku nak lupakan semua tentang dia?Kalau dia mahu mendengar nasihat aku,
Andai saja dia tidak ego dan degil
Mungkin dia tidak akan pergi sejauh ini..
Mungkin dia tidak mengelumang dengan dosa
p/s :
R, kalau kau masih perlu kan aku,
Aku akan berusaha hadir untuk kau
Aku sentiasa menjadi kawan baik untuk kau
Andai kau tahu,
betapa aku sanggup berkorban untuk kau R ( setakat yang mampu )
harusnya kau tahu, betapa kau sebahagian dari hidup aku
aku bahagia jika kau bahagia
aku tak mahu lihat kau sakit
 TOLONG la kembali seperti kau belum mengenali ROKOK
TOLONG la jadi sepeti diri kau yang dulu
Untuk aku dan ibu mu
R kau harus tahu
Kau KAWAN BAIK aku
Kau PENTING dalam hidup aku

*Aku sedih bila kau semakin bencikan AKU

0 ulasan: