Sabtu, 21 Mei 2011

Motivasi : Masalah yang bermasalah

Masalah, masalah dan masalah,, arrggghhh tensennya aku!!!!!

Wei sori lah, aku ada masalah dengan family aku, aku tak ada mood

Aku ada masalah lah, mak aku tak kasi aku pinjam duit 2 juta

Aku ada masalah dengan awek aku, lebih baik aku mati kalau macam ni


Semua sibuk dengan masalah, pikir masalah dia sekor je, masalah ini masalah itu dan masalah dia je dia nak pikirkan,, macam lah kat dunia, dalam masa 24 jam ni,, takde benda lain dia boleh nak buat selain BUANG MASA nak pikir masalah dia. Macam lah kat dunia ni, masalah dia sekor je yang besar sampai nak orang turut sibuk dengan masalah dia. pergghh sebal

Manusia menghabiskan 3/4 daripada 24 jam setiap hari dengan memikir masalah dia sahaja. 1/4 daripada 24 jam  pulak di penuhi dengan aktiviti makan hati, renungan kosong, tangisan tak bernada, kesedihan melampau-lampau, amarah yang membara giler and bla3x,,



Ada aku kisah dengan masalah kau?

Berapa lah sangat orang yang nak kesah dengan masalah kau orang tu.
Buat apa kau nak jerit satu dunia yang kau ada masalah!
ingat aku tak ada masalah ke
Hello sedangkan ayam kat reban tu ada masalah inikan pulak kita manusia


Aku tak marah kau nak siarkan or paparkan masalah kau kat FACEBOOK ke hape.. tu suke hati kau lah. Kadang-kadang aku pun buat macam tu juga bah.. biasalah saja nak mintak perhatian.


RENUNGKAN :

“Daripada mengutuk kegelapan, lebih baik ambil sebatang lilin dan nyalakan. Daripada meratapi keadaan, lebih baik melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan.” 


Faham ke tak???

Daripada kita sibuk meratapi masalah yang datang termuntah-muntah ke atas diri kita, lebih baik kita buat something yang berfaedah macam potong rumput di halaman rumah ke. Ni tak, sampai ada yang tak nak makan, lari dari rumah lah dan blah3.. Tak terpikir ke, benda tu tambahkan masalah korang lagi.


 lebih baik bertahan daripada lari dari peperangan


Allah tak akan menciptakan masalah kalau tidak ada penyelesaiannya. Semua orang ada masalah beb, yang buat kita nampak berbeza adalah cara kau menanganinya.
Mindset dalam kepala hotak, Ada orang lain yang lebih besar masalah yang dia hadapi.
Kita tak tahu pasal diorang tak menjadikan ia sesuatu isu
masalah yang kita hadapi sebenarnya kecik je, kita yang menggempak besar-besarkan.