Sabtu, 14 Mei 2011

Motivasi : kalau anda seekor lembu


Ada satu kawan cakap, kalau nak berasa tenang, kita kena melupakan masalah tersebut. Aku cakap aku tak setuju. Biar macam mana kita menghipokrit kan diri , masalah tu akan carik dan menghantukan diri kita semula.
Korang banyak masalah, tension tiap hari, menyesal hidup di dunia ni, sedih, marah benci akan diri sendiri dan orang lain?? 
bah, sekarang aku  nak tanya, pelis sila jawap dengan tidak menipu okey.


Untuk apa kau bernafas, mencekik dan berak sekarang??
 untuk Hidup.
 Kenapa kau hidup sekarang?? 
Sebab tuhan yang nak
agaknya kenapa tuhan ciptakan kau??
saja kot 
kalaulah tuhan ciptakan kau menjadi seekor lembu??
redha je



Kalau aku di takdirkan menjadi seekor lembu, aku tak akan berada depan skrin macam yang aku tengah buat sekarang, kalau aku jadi lembu, aku tak ada handphone dan jari tuk menekannya dengan bijak. kalau aku lembu, aku tak makan buger sebab tu daging bekas pakwe aku. kalau aku lembu aku tak dapat nak berfesyen tudung ala Mai tu. Kalau aku lembu and bla bla bla..


Saya Owner this blog mengarahkan para pembaca yang best yang duk reading ni  MEMBAYANG kan diri anda sebagai seekor lembu. Bukan membayangkan diri begitu cumil menjadik sekor lembu tetapi bagaimana pengakhiran hidup sebagai seekor lembu. Faham ke kamu ??

Question: 
Apakah babak terakhir yang akan anda lakukan sebelum anda mati sebagai seekor lembu??  ada 2 pilihan  yang terlentangkan di depan iaitu mati dikorbankan or mati macam tu je.
Kalau aku, aku akan pilih mati untuk dikorbankan. Why?
Pasal daging aku boleh di sedekahkan kepada orang lain, buat sate boleh tambah rezeki si manusia, hati aku pulak banyak iron, baik untuk darah. Tulang aku pulak best di buat sup tulang and bla bla bla....

Kalau aku mati macam tu je, tak best. Pasal po? sebab aku menyusahkan orang. Dah lah mati sia-sia, badan besaq pulak. Nak angkat, pungah dan kubur pun payah. Kalau mayat biar macam tu, berbau bangkai pulak. Kan best kalau mati dikorban kan, Ada juga pahala buat bekalan tuk dihari sana.

before that, berikan tepukan gemuruh pada warga lembu..
Lembu = Manusia

Kalau lembu ada matlamat, kenapa anda manusia, tidak boleh buat macam tu? Cool down, masalah tak kan pernah wujud kalau tidak ada jalan menyelesaikannya. Dari duk bising pasai masalah, keluh sana sini, tanya kenapa aku hidup ? kenapa masa kecik aku tak mati je?  daripada pot-pet-pot-pet duaplohpat jam, baik tutup mulut dan pikir cara nak setelkan nya.

So anda nak pilih pengakhiran yang manakah? its your choice..




0 ulasan: