Ahad, 3 April 2011

teman ku dah graduate???

Bermulanya siang berakhir malamku
Tetiba sendi-sendi rangka tangan ku mencari keyboard

Graduan adalah seseorang lepasan universiti yang telah lulus peperiksaan mereka tetapi belum mengambil ijazah dalam upacara konvokesyen. Apabila seseorang lepasan universiti mendapat ijazahnya melalui upacara di konvokesyen, maka mereka graduate, atau dalam bahasa Melayunya, siswazah. Mereka tidak lagi boleh disebut sebagai graduan.
 Dari istilah masa sekarang, graduate bermaksud seseorang yang tidak lagi suci, means dia dah pernah buat seks dengan someone. Mengikut konsep open minded para remaja, Dara dan teruna @ virgin sekarang bukan lagi perkara penting yang wajib di jaga. Bandar atau desa kini tiada bezanya. Seks menular dengan bebas dengan riang gembira.

Aku pun remaja, so bab seks ni makin popular di mulut rakan-rakan ku apatah lagi rakan sekelas ku mengambil subjek biologi. Aku sedikit terkejut apabila mendengar cerita diorang, yelah cerita hot tu. Ada kebaikan dan keburukan  dengar cerita diorang. Yang tak baiknya ialah, kita akan terpengaruh, tergugat juga iman apabila perasaan ingin mencuba tu mula melambai-lambai


Aku selalu buat muka hipokrit depan diorang supaya aku tidak di sangka insan kasihan yang ketinggalan zaman. Padahal, getaran lututku semakin giat bergetar cemas. Tapi kita kena lah fleksibel, bila lepak dengan budak alim, cerita lah benda yang elok-elok dan sebaliknya.


Berbalik  pada tajuk asal, teman ku dah graduate??? oh sedih juga aku rasakan. kuat nafsu betul diorang sampai tak boleh tahan. Aduii aku sebenarnya kesah dengan diorang, aku marah, aku menyampah, Tapi, muka hipokrit aku ni seolah aku pun mengiyakan benda yang tak betul, bersubahat dengan diorang. Aduiii

Aku risau bila mereka terlanjur then mengandung, aku takut mereka di permain-mainkan oleh pasangan diorang kemudian di tinggalkan begitu sahaja dengan penyakit seperti HIV. Arghhhh nafsu!!! kuhang hajo. Sampai macam tu kau ubah kengkawan aku.

pesan ku tuk kau orang :

geng, aku tau korang dah banyak terlanjur dan payah nak patah balik. Tapi masih sempat bah. Aku tak nak berjaya sesorang diri. Aku nak kamu pun berjaya, berdiri di sebelah aku. Tahun ni kita SPM, aku harap kamu berubah. Tahan-tahan dulu  nafsu tu. Kalau tak errkk pandai2 lah kamu cover. Enjoy tu nanti-nantilah, yang penting belajar. Aku tak nak kau orang gagal. Huh!! Aku sayang kamu bah. Pelis lah, tolong lah paham!



0 ulasan: