Selasa, 5 April 2011

perektis!!! ujian karanga BM

Soalan: Buat cerita berdasarkan peribahasa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Hari mendung tidak secerah hati ku yang girang memegang lembaran kertas yang tertera keputusan SPM. Betapa pengorbanan aku selama ini yang berjuang mati-matian menuntut ilmu serta keringat lelah kedua ibuku yang memastikan aku selesa menuntut ilmu terbalas juga. Syukur kepada Ilahi kerana telah memakbulkan segala doaku selama ini.


Dalam keadaan gembira, mata ku masih ligat liar mencari kedua orang sahabatku Amy dan Rita di luar pagar sekolah. Telah beberapa kali aku mencuba menghubungi mereka namun panggilan ku terbiar begitu sahaja. Aku sempat mengeluh sebelum pergi dengan membawa perasaan yang agak berat. "Kemana agaknya sahabatku itu, masih marah ke mereka dengan aku?" sepi suara hatiku berbicara

krriinngggggg....
Lonceng sekolah sekali lagi menjerit perih menandakan waktu rehat sudah tamat. Guru penolong hal ewal sudah bersedia bekerja dengan rotan keramatnya mencari mangsa untuk di rotan. Aku mencebikkan muka melihat gelagat cikgu tersebut. Aku memandang ke sebelah, meja tersebut masih kosong tak berpenghuni. "Kemana pula perginya Amy dan Rita?' Aku bertanyakan kepada rakan-rakan kelas ku yang lain, Namun semuanya hanya menggelengkan kepala dengan jawapan yang serupa. "Hurmm ponteng lagi" itu sahaja yang bermain di dalam pikiran kepalaku. Sekarang kelendar sudah masuk bulan lapan, SPM pula semakin hampir namun yang peliknya perangai mereka pula yang semakin menjadi-jadi.


Aku menghala pandanganku keluar tingkap sambil mengenangkan sikap teman-teman ku itu. Aku sayangkan mereka, aku tak mahu mereka gagal dalam SPM, aku nak mereka berdiri di sebelahku dengan perasaan bangga dan gembira saat menerima keputusan SPM. Mereka bukan lagi manusia yang aku kenal dulu, sikap mereka telah tercemar dengan dunia porno, sosial, rokok dan air arak. Sudah beberapa kali aku menguatkan semangat untuk memberi nasihat namun ada sahaja alasan yang mereka berikan, aku sering di perbodoh-bodohkan, di jadikan bahan gurauan walhal aku serius mengambil berat mengenai mereka. Sehingga sampai satu tahap aku merasakan putus asa. Apa lagi yang harus aku lakukan? Adakah aku di gelar kawan yang mementingkan diri yang membiarkan kawan sendiri hanyut dengan keseronakan duniawi yang bergelora ini. Soalan ini masih terapung dalam kotak  pikiran fikiran sehingga Cikgu Roslan masuk ke kelas untuk menjalankan tugas mengajarnya.

Pada suatu hari semasa pulang ke sekolah, aku terserempak dengan Amy dan Rita di Kompleks membeli belah, dan telah aku agak mereka ponteng sekali lagi. Yang menyebalkan lagi perasaan menyampahku kepada mereka adalah saat mereka menghulurkan sebatang rokok ke arah ku sambil menjerit seolah sengaja mencabar keimananku.  Aku terlalu malu atas perbuatan mereka memperlakukan aku di khlayak ramai. Aku terlalu marah kala itu dan tanpa sengaja aku menengking  mereka berdua. " kamu berdua ingat, satu hari nanti cikgu dan semua orang lain akan mengetahui kegiatan kamu ni! " Tanpa ada sedikitpun niat untuk mengugut mereka.


Keesokannya, dan hari seterusnya meja mereka berdua tetap kosong sehingga berterusan selama 1 minggu. Aku mendengar desas desus dari rakan-rakan ku lain, mereka antara yang tertangkap oleh polis semasa serbuan di pusat karoke petang semalam. Ibu bapa dan Cikgu Disiplin telah pun di panggil ke balai polis untuk menyelesaikan masalah mereka. Aku serba salah dan kesihan atas apa yang berlaku namun aku yakin mereka pasti akan membenciku dan menuduh ku melaporkan semua perbuatan mereka ke polis walhal aku tidak sanggup melakukan itu semua.

Situasi Amy dan rita boleh di umpamakan "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Sepandai-pandai pun mereka mencuba membohongi ibu bapa dan guru-guru kat sekolah, akhirnya kegiatan buruk mereka ketahuaan juga. Akibatnya, mereka telah di gantung sekolah selama sebulan. Dan sejak hari itu juga, seolah-olah  membenci diriku. Akan ku mencuba menjelaskan perkara sebenar namun biar api kebencian mereka surut sedikit dahulu.



So kengkawan.. pelis komen ok!!!!









8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cewahh..smga brjya! :)

Shahrizat Ahmad berkata...

overall kelihatan bagus..cuma terdapat beberapa kesalahan tatabahasa..dan harus berhati dengan penggunaa di..sama ada nak jarak atau pun rapat..^_^...jadi cek bagi 78%.. ^_^

dean berkata...

boleh than..huhu

Mai berkata...

makaseh dengan komen2nya.. huhu test dia lusa so masih sempat nak perbaiki..

aQueciibodoh berkata...

aik , laen mcm plak karangan mu nie , mcm ko perli member sendiri plak tu.. XD

sairul zamri... berkata...

haha..dik ok jer adik punya krgn ni..tapi kan krgn sebenarnya bentuk nya tak macam ni..ni abg tgok dah macam novel atau cepern..haha..dah macam drama pendek pon ada jugak...tapi isi ok ...kena dgn tajuknya...dan ada jugak kesalahan ejaan yg jelas disitu..seperti perkataan "PIKIRAN"....fikiran sebenarnya..abg ni bakal cikgu BM tau..hux3..scra ksluruhan ok la..abg bagi B+...

Mai berkata...

kepada azlan syah!!! wait you at scholl..

Mai berkata...

huhu.. kata cikgu boleh buat ala-ala cerpen yang guna sinkof.. ermm pikiran xleh ke?? aiyooo.. fikiran.. ok2 remeber lepas ni