Rabu, 27 April 2011

kahak pelangi

Nota : Beberapa hari ini aku sakit demam, selesma dan batuk. Memang keadaan aku teruk sangatlah, nak buat kerja pun tak ada tenaga. Allah dah tarik nikmatnya kat aku, mudah-mudahan aku lepas ni, dengan keadaan diri yang sihat sejahtera akan melakukan perkara yang berfaedah. Amin
Sekarang aku nak kongsikan sedikit info kesihatan mengenai Kahak. Tapi aku tak sanggup nak paparkan imej kahak sebab aku tak nak korang termuntah.Baik tak saya??




Apa itu kahak???
Kata Mai : jeli-jeli yang keluar kat mulut masa kita batuk, ada kaler merah, hijau, putih dan kuning.

Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput  mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak.


Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak dengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.



Untuk pengetahuan aktiviti berdehem  bukan cara selamat untuk memaksa keluar kahak yang melekat kat tekak kita. Berdehem dan batuk yang kuat hanya akan menggangu orang sekeliling. Namun menahan diri dari batuk pula boleh menyebabkan paru-paru kita sakit dan s
esak nafas, berbahaya bagi penghidap asma.

Kahak terbahagi kepada dua iaitu kahak yang berunsur ALAHAN dan kahak disebabkan JANGKITAN KUMAN daripada sinus ( resdung )

TIPs
  • Elakan Berdehem dan batuk dengan kuat. Ini akan menyebabkan belakang tekak bengkak dan luka. Pendarahan dan luka yang terhasil akan memburukkan keadaan sekiranya berlaku jangkitan.
  • Pengunaan topeng penutup mulut adalah kaedah paling mudah, selamat dan murah dalam menangani kahak. tips ini sesuai untuk penunggang motorsikal dan mereka yang tinggal di persekitaran berhabuk.
  • Bilik yang bertutup dan mempunyai penghawa dingin menyebabkan wujudnya lendir kahak berpanjangan pada tekak.

petua moden dan tradisi
  1. Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk, mungkin steroids ( dapatkan di klinik dan hospital terdekat)
  2. Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.
  3. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang
  4. minum air suam seberapa kerap yang boleh
  5. makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan lada putih (pepper).
* betapa hebat Kuasa dan kebijaksannan Allah mencipta lebah untuk manusia*









0 ulasan: