Jumaat, 4 Mac 2011

pelajar sekolah gaduh lagi ??

Assalamualaikum kepada warga dunia yang fasih berbahasa melayu dan omputeh sahaja..

Sebelum tu, aku nak bagi arahan kepada makhluk yang berada depan screen ni tentang something. Bukan benda tak senonoh, tapi benda ni memang orang tak mampu nak buat. Ini antara teknik yang boleh mereleks kan minda. So bersama-samalah kita melakukan benda ni ok.

First, sila sebut perkataan 'BUAL' tanpa lidah menyentuh lelangit.
Kemudian korang sebut konsonan 'M' dengan mulut terbuka?? Boleh tak..
Akhir sekali, sebut perkataan 'HAI' tanpa membuka mulut.

* entry yang aku nak cerita kali ni boleh dirujuk pada benda kat atas ni.. FIGHTING..!!!
tapi masa aku carik kat gogel, berlambak pulak cerita pasal pergaduhan. So kalau aku tulis kat blog aku mesti orang sangka aku ni kaki coppy dan paste. Alahh tapi aku nak cerita benda betul ni.

Benda ni memang selalu berlaku di persekitaran aku, so aku memang tak hairan. Dekat mana-mana pun mesti ada pergaduhan. Sekolah ini vs sekolah itu, Si abu vs Si ali, and what ever. Tetapi bukan pasal tu yang aku nak cakap bah, so ilek lu. Pernah tak terpikir dalam otak korang yang still basah tu, kenapa diorang suka bergaduh??

MAMALIA =  TEMPAT TINGGAL+ MAKANAN+ PASANGAN

TEMPAT TINGGAL

Bermaksud pengaruh, wilayah atau pun kawasan jajahan. Tak kira tempat tu bus stop, kerusi dalam kelas, tempat lepak ke hape. Bila orang lain datang ceroboh memang lah diorang marah. Dan isunya pulak disini bagaimana  diorang cakap kawasan itu sebagai tempat @ port diorang sedangkan nama bapak diorang pun tak ada walau sekecil najis hidung??

haiwan menandakan kawasannya dengan air kencing dan manusia ***
MAKANAN

Makanan yang di maksudkan disini kemungkinan besar juga makanan contohnya nasi di kantin. Hehe maksud aku mybe hasil dari something yang diorang buat dan patut mereka dapat tidak di terima oleh mereka dengan sempurna. Tak faham? Ini kira macam tak puas hati lah, 
"sepatutnya aku yang lembab ni yang menang, ni tetiba budak pandai tu yang dapat johan. Memang aku tak puas hati dengan budak ni. ko siap lah pulang sekolah nanti." kataku pada kau sebagai contoh.
*help me..!!! lelaki tu nak apa-apakan I ..*
PASANGAN

Ini biasa berlaku bagi remaja moden yang memang tak tahan nak mengawan. kapel je memanjang, belajar tak nak pulak. Bila gaduh, badmood lah dia. Alaa rampas merampas punya kes r ni. malas aku nak cakap.

LAIN-LAIN

Yang pasti bila bergaduh, kita akan jadi Top dan Popular giler. Lantak lah  kalau semua orang sibuk panggil aku samseng taik kucing janji biar seluruh kampung tau siapa aku. Kira nak orang segan and takut dengan dia lah tu. 'Trep taiko' kata orang Sabah.

Macam dekat sekolah aku, murid perempuan dia saling dengki mendengki, sindir menyindir. Gila betul tapi sampai sekarang diorang tak popular pun. puiihh..!!!

So jaga lah tepi kain kita dengan baik ok..!! kesimpulannya orang kuat gaduh makna dia, dia lagi bodoh dari aku..!! kahahahahantuu



0 ulasan: