Isnin, 14 Mac 2011

sedihnya aku

Hai, namaku Hijau, aku adakah serumpun rumput yang tinggal di tepi jalan raya dipinggir kota. Menurut ibubapa ku, asal usul tatasusila kami begitu indah. Aku baru mengerti, tanpa datuk moyang kami, hutan hujan, pokok jati, kayu balak, mergastua tidak akan pernah bermimpi untuk wujud. Bangganya aku.
Dalam aku berbangga diri, timbul pulak rasa direndahkan hati, nak tahu kenapa? Sabar, aku nak ceritalah ni. Di kawasan kejiranan aku, tinggal sebatang pokok mangga yang bernama Pelam. Pelam sebatang pokok yang cantik, tinggi dan gagah pada zahirnya sahaja. Setiap enam bulan, dia akan menghasilkan anak ( buah ) dan setiap hari bersamaan 21900 minit dalam setahun ( kau orang kira lah sendiri ye, aku bukan pandai pun ) mulut dia asyik kutuk aku dan keluarga aku. Perghh sombong dan bongkak sungguh si Pelam tu. Kayu balak kat hutan pun tak kecoh. Ikutkan hati, nak saja aku kapak badan dia bikin reban ayam namun apa kan daya aku cuma sehelai rumput hidup.
Aku selalu di pijak, di ludah dengan kahak hijau, kucing berak kat tepi aku, belalang dan siput buli aku, dan meski pun standart aku di mata makhluk-makhluk bumi yang bernyawa adalah tak tinggi, aku tak kesah pasal ini fenomena alam. bayangkan kalau rumput boleh ludah balik dan maki hamun orang yang pengotor tu, tarik ekor kucing yang tengah berak.. tak ble jadi kan. 

Dan satu hari petang yang sedikit best, masa si Pelam sibuk kutuk fizikal aku yang tak berapa hendsem , tetiba datang sekor anjing kencing dekat akar dia.. haha padan muka.2 jam kemudian. Datang pula  raksasa kuning yakni kereta kebal ??  lori yang boleh tebang pokok tu bah dengan satu kali hempap. So tanpa si Pelam ni pinta, samsung tajam bagai samsung itu menggigit badan si Pelam. Aku hanya melihat Pelam menjerit kesakitan.Aku terlalu kecil untuk membantu. Sedih giler masa tu. Sebelum Pelam menghembuskan nafas terakhir, sempat dia meminta maaf dengan aku. Lepas ni dah tak ada orang yang dapat kutuk aku macam si Pelam ni. Sedihnya




1 ulasan:

FurBall berkata...

wah..tensi nya membaca..sedih plak kat pelam..dush2..ahahaha..