Ahad, 6 Mac 2011

miss sesangat kat engkau

andai ku punya jarum dan benang. 
Akan ku jahit bibir ku 
agar kelihatan seperti patung yang tersenyum..

Assalamualaikum..

Habuk pada jendela bilik ku masih bergelut dengan hujan yang turun dari tadinya. Tiap rintik air hujan itu berkecai menjadi tempias kala medatar pada jemari ku. Langit kelabu ku menangis sekali lagi. Muzik dari corong radio dari tadi sepi  dan membisu seolah dia memberi laluan melodi duka bermain pilu di hati ku.

Di sudut bilik aku mencari-cari diari lusuh ku yang ku simpan lama dahulu. Mencari semula perasaan cinta yang pernah aku tinggalkan di atas helaian kertas itu yang masih jelas bertandakan dengan air mata. Adakah aku di takdirkan untuk selalu sahaja tewas dalam gelumang cinta.

Aku menyoal pada dinding bilik ku, "wahai dinding, seandainya engkau punya perasaan cinta apakah engkau akan lakukan apabila dia telah menolak cinta kau??"
dinding tu tanpa sepatah kata masih diam membisu. Dan dia seperti itu, tetap diam dan mendesak hati aku untuk terus berharap dan menunggu.
Hagogo.. Jiwang betul aku hari ini. Tetiba pulak terkenang dengan nasib badan yang tak berapa bertuah ni. Apabila sahaja aku punya perasaan kat seseorang, dan bila  aku mencuba untuk mendekati dia, dia semakin menjauh dan mengelak

Perhh, poyo tol lelaki sekarang. Mempunyai perasaan tak semestinya aku cinta kau, nak urat kau or hape benda yang bodoh tu.  Aku just nak berkawan, bcoz I need some want to share my story.. I need Soul mate
ini lah sahabat dunia akhirat aku
Soul mate aku dah takde.. Aku lost contact dengan dia dan aku tak tahu dia di mana sekarang. Nama manusia ni Mohd Razif bin Rahim. Dia memahami aku tak seperti rakan-rakan ku lain. Saat ini, aku dah tak ada kawan lain yang sebijik macam dia. Adapun memang tak boleh lawan dengan Razif gue ni. Only one. Aku rindu sesangat kat dia tu, macam mana keadaan dia agaknya?? dah kaya ke hape. Semoga dia baik-baik sahaja kat sana.

*kalau lah dia tahu betapa aku sangat menghargai persahabatan ini*







0 ulasan: