Selasa, 22 Mac 2011

kosong kembali

Andai kau pergi
tak perlu menoleh kembali
jangan beritahu selamat tinggal
tapi.. tinggalkan jejakmu 
untuk ku mengejar hati mu kembali




Perpisahan?? adakah ini bermakna berakhirnya sebuah kisah, cerita, riwayat sesebuah perhubungan.
Adakah perpisahan zahir bakal menjarakkan pertemuan hati. Patutkah aku bersedih?? Aku benci untuk menangis dan aku tak suka bila orang lain mengetahui apa yang aku coba sembunyi..






Tadi, aku terima sms dari aku punya calon suami belum jadi, dia cakap nak pindah?? So mood apa patut aku pamerkan.  Melalak kesedihan atau mengiyakan sesebuah kekecewan. Ohh Mai... benda ni dah jadi untuk sekali lagi.


kata aku pada hati

Kalau memang aku tak ada jodoh dengan dia, berikan aku 24 jam untuk aku memulihkan perasaan, 365 hari memperbaiki luka dan 3 tahun memudarkan cela. Untuk melupakan dia, tunggu sehingga aku tak mampu mengingati setiap abjad untuk mengeja nama penuh lelaki itu. 



Ahad, 20 Mac 2011

lagi kisah cinta !!


Sandakan, Sabah di Malaysia.
Alkisah peristiwa yang mengayat hati terjadi. Pada suatu hari yang terik, sesuai untuk menjemur kain,  Ali ( bukan nama sebenar) tengah modify bilik dia. Nak kasi lebih cantik dan besar katanya. So dia pun ketuk-ketuk lah siling, dinding tu  dan ketika siling bilik itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu. Ali melihat  kaki cicak tu melekat pada sebatang paku.
Dia merasa pelik, curiga, was sangka, terkejut dan kesihan melihat cicak tu.Masa tu dia belum dapat pastikan cicak tu betina or jantan, yang penting cicak tu masih hidupAli memperhatikan paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibuat.
"Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal". dia bertanya pada hatinya
Ali pun menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahanTak lama kemudian, datang seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya…. AHHHH! kekasihnya kot.
Ali dan aku merasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.
Sungguh ini sebuah cinta…cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecik seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.
Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecik itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.
Ali berfikir " dari mana datangnya aku dalam cerita ini" tetapi ada yang lebih penting dari kehadiran aku tetiba ni, Ya! moral dari cerita ini lah. Masih adakah cinta sejati macam ni di kalangan manusia seperti kita? kalau tak ada, errkk lebih baik kita menjadi dekor cicak. kut-kut ada yang berkenan
                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

HEADER PERCUMA?? GEMPAK TU

Assalamualaikum kepada anda semua yang sedang menghadap skrin kumputer. Hati ku senang gumbira di iringi bunga-bunga sakura made in Sabah. Kenapa dan mengapa aku gumbira.Cuba tengok kat atas blog aku..
Yeyeh, aku dah ada header!!




Header tu atas jasa baik dan kretiviti oleh seorang lelaki budiman yang bernama Pert or nama gelamor  dia kopi. Kopi apa tanya lah beliau ye. Cantik kan dia buat, aku just kasi dia pembayang, header yang macam mana aku nak. Memang kerja tangan dia best lah, dah lah best FREE pulak tu. Siapa nak tolak rezeki kan.



So kengkawan yang masih takde header ke or nak tukar ke hape header tu, just pergi ke belog dia kelik disini or email dekat dia di sini.



Mari ramai2 serbu belog dia ok...
Pert makasih atas budi anda..

Sabtu, 19 Mac 2011

lagu hits bulan MARCH 2011

Ohoiii... entah mengapa aku rasa terjiwang
diluka di cerca di marah
dalam game bernama cinta
senapang patah dah tak berguna
bila parang tercacak atas kepala
dan aku selalu kalah.

corus : * Siapa cakap cinta itu indah
hidup itu mudah
kalau tak ada iman
memang lah macam sampah

ahooiii... apa yang aku merepek
otak dah tak makan break
idea semua dah mati tercekik
thas why aku bernyanyi

ulang corus *

hidup ini mesti ada makna
jangan mati sia-sia
kena ada jasa dan amal
ooooyeyyeyehhhhrrkkkk










Jumaat, 18 Mac 2011

aku dah ada kuasa hebat!

 aku sedari diriku tak sempurna untuk mu
 sanggupkah kau terima
kalau tak sanggup
aku pun tak mahu bertahan disini
tengok muka kau


Askum dan salam aramaitii kepada anda semua, saya, ye owner this belog mengharapkan anda ceria dan hepi giler khas untuk hari ni je, limited for today ( ala-ala DJ radio ).

Ok, berlandaskan pada tajuk yang aku catat kan tu, aku telah mnyebut tentang kuasa. Kuasa apakah itu? kuasa  seperti super hero tu bah, otromen, doremon, narutoo, Xmen, Sailarmoon dan sebagainya. hehe Aku pun ada tau, aku terima kuasa ni semalam eh tak, kuasa ni memang dah ada cuma baru semalam aku sedar.



pernah tengok movie ni ke??


Alkisah dimana aku dah sedar, cenggini story dia. errkk bila aku cakap something yang aku nak or teka-teka dengan niat untuk berseronok, benda tu will happen. Tak percaya? Takkan nak aku nak tipu kot.
Kemarin ada 3 perkara yang berlaku yang memang aku sebut tapi tak di rancang.


Peristiwa pertama : aku cakap dekat member aku, mamat tak berapa encum tu menyimpan perasaan kat dia, finally,ada orang bagi tau, mamat tu suka kat kawan aku, nasib baik aku tak cakap mamat tu menyimpan dendam kesumat kat dia kalau tak.........
Peristiwa kedua : aku cakap dah lama tak limpas @ lalu kat perkuburan Islam, dan masa aku balik dari kursus komputer, bas yang aku naik lalu kat kawasan perkuburan tu, biasanya mana ada bas yang lalu kat situ. wah lamanya indak limpas situ.
Peristiwa ketiga : aku cakap dengan sorang kenalan mengenai sekor manusia, manusia tu merajuk ke hape ntah dengan aku, aku cakap lantak dia, one day dia datang pergi rumah aku jugak. Keywords dia datang ke rumah. Cuba teka apa yang terjadi ??



nanti aku buat kastum macam ni.. Meoww


So apa pendapat anda? Sah aku ada kuasa "LIDAH MASIN" kan. Wah bestnya aku rasa. Ok, anda tak perlu khuatir, Aku akan pastikan yang aku akan menggunakan kuasa aku ini untuk menolong orang lain. Yang pasti aku nak bikin kostum.. Hahaha...


Khamis, 17 Mac 2011

pukul berapa buka ??




Pasa suatu tertengah malam buta. seseorang yang tak dikenal pasti telah menelefon perpustakaan yang bertugas tadi, perpustaan yang mana satu?? cari je lah perpustakaan yang terdekat dengan anda
" Pukul berapa libry ni bukak? " tanya seseorang tu kepada si perpustakaan. 
"jam 9 encik, ni pehal yang tersangat penting sampai encik call saya memalam buta, tahu ke sekarang pukul berapa? kacau betol lah encik ni" 
"errkkkk tak boleh bukak awal sikit ke?" kata lelaki yang menelepon tu dengan nada kecewa
"Nehi, No, Tidak. Perpustakaan hanya akan di buka pada pukul 9 tepat!" Dengan nada yang agak lantang si perpustakaan berkata.
"Penting sangatkah sampai encik tak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi esok untuk masuk?"
"Siapa kata saya nak masuk! SAYA NAK KELUAR" dengan nada yang kesal

Selasa, 15 Mac 2011

cinta tu macam apa??

joke lawak

Wartawan : So Mai aku dengar bulan depan kau nak lancarkan filem, betul ke??
Aku          : Oi, mana kau tahu?? actually yupz, its about love story.
Wartawan : Apa kah makna cinta pada anda ?
Aku          : hhmm entah lah, no komen??
Wartawan : lol, habis tu, camna ko bikin filem sohai!!!

Apakah makna dan pengertian perasaan C.I.N.T.A kepada aNda?? Kau orang tak payah cakap pun aku dah tahu. Comform bunyik jiwang, bau macam kentut,  rabun pasal tak boleh tengok kehodohan sikap orang tu, sangggup korban harta dan nyawa dan segala-segalanya ke jalan yang salah?? And memacam benda pelik dan terlarang.
Ok lah, cinta tu topik lain, persoalan dalam hotak aku adalah mengenai KAPEL. Apa makne KAPEL bagi kau orang? Kenapa mesti KAPEL? Kenapa tak kawin je terus . Sejauh mana kepentingan berKAPEL ni.

Dan SKANDEL ni natang ape?? dari mana pula wujud benda ni. Kalau curang aku tahu lah, means kau melakukan hubungan dengan orang lain sedangkan kau telah distatuskan berpunya tak kiralah dah kawin ke or ber KAPEL. Apa benda skandel ni? boleh makan ke hape?

So aku nak pergi round kat pasar raya tuk cari pengertian pasal benda-benda aneh ni. Wait the result dia.  Eh tapi kalau aku nak jawab boleh juga. Ermm next entry je lah pasal aku nak g toilet nak membuang najis mukhallazah.. hahaha.. cis celaknat tol aku ni.. Aku nak rest bah

Isnin, 14 Mac 2011

sedihnya aku

Hai, namaku Hijau, aku adakah serumpun rumput yang tinggal di tepi jalan raya dipinggir kota. Menurut ibubapa ku, asal usul tatasusila kami begitu indah. Aku baru mengerti, tanpa datuk moyang kami, hutan hujan, pokok jati, kayu balak, mergastua tidak akan pernah bermimpi untuk wujud. Bangganya aku.
Dalam aku berbangga diri, timbul pulak rasa direndahkan hati, nak tahu kenapa? Sabar, aku nak ceritalah ni. Di kawasan kejiranan aku, tinggal sebatang pokok mangga yang bernama Pelam. Pelam sebatang pokok yang cantik, tinggi dan gagah pada zahirnya sahaja. Setiap enam bulan, dia akan menghasilkan anak ( buah ) dan setiap hari bersamaan 21900 minit dalam setahun ( kau orang kira lah sendiri ye, aku bukan pandai pun ) mulut dia asyik kutuk aku dan keluarga aku. Perghh sombong dan bongkak sungguh si Pelam tu. Kayu balak kat hutan pun tak kecoh. Ikutkan hati, nak saja aku kapak badan dia bikin reban ayam namun apa kan daya aku cuma sehelai rumput hidup.
Aku selalu di pijak, di ludah dengan kahak hijau, kucing berak kat tepi aku, belalang dan siput buli aku, dan meski pun standart aku di mata makhluk-makhluk bumi yang bernyawa adalah tak tinggi, aku tak kesah pasal ini fenomena alam. bayangkan kalau rumput boleh ludah balik dan maki hamun orang yang pengotor tu, tarik ekor kucing yang tengah berak.. tak ble jadi kan. 

Dan satu hari petang yang sedikit best, masa si Pelam sibuk kutuk fizikal aku yang tak berapa hendsem , tetiba datang sekor anjing kencing dekat akar dia.. haha padan muka.2 jam kemudian. Datang pula  raksasa kuning yakni kereta kebal ??  lori yang boleh tebang pokok tu bah dengan satu kali hempap. So tanpa si Pelam ni pinta, samsung tajam bagai samsung itu menggigit badan si Pelam. Aku hanya melihat Pelam menjerit kesakitan.Aku terlalu kecil untuk membantu. Sedih giler masa tu. Sebelum Pelam menghembuskan nafas terakhir, sempat dia meminta maaf dengan aku. Lepas ni dah tak ada orang yang dapat kutuk aku macam si Pelam ni. Sedihnya




SEKILAS ENTRY

MY KARAKTER!! GREY GURL
Haha.. ni karya aku dalam masa 10 minit. Macam bebudak je aku tengok tetapi ni lah salah satu cara nak mengekspresikan mood, meluahkan segala benda yang berlemak dalam hotak and menghapuskan stress untuk jangka masa yang tak lah berapa lama. Aku pikir kursus komputer untuk budak 2 ict yang ala-ala pro but sebaliknya happen. Kitorang belajar basic je bersama-sama dengan makcik dan adik-adik sekalian. Dari start sampai akhir semua nampak boring sahaja but ada satu yang paling BEST, ya betul, tak lain tak bukan makanan yang di sajikan adalah FREE belaka !!

Sabtu, 12 Mac 2011

sepahit kopi

aku seperti handphone
ketika silent mood di aktifkan
orang tak tahu apa sebenar yang berlaku
walau hati aku menjerit bergetar 
kerna aku tak ubah seperti membisu
bernyanyi sambil mulut tertutup

aku sibuk dengan emosi 
melayan perasaan kesal tak sudah 
seolah aku mengeluh
aku marah dia
aku tanpak tak berpuas hati
aku berlagak baik
dan mereka berbisik
konon aku manusia munafik

aku tak tahu macam mana nak ekspresi mood
meluah tanpa berkata-kata
menangis dalam ketawa
aku nak berjaya
aku nak kaya
aku nak mewah
aku nak kawan ada bersama ku
aku nak semuanya indah belaka
aku nak pengakhiran tanpa ada tangisan
aku nak cerita bergerak lancar
tanpa ada virus mencela
merosakkan jalan kisah yang telah di rancang




kawan telan kawan 2

Status Mood : Masih bengang, kesal dan menyesal dan sedikit happy

Tadi aku jumpa my soulmate si R yang telah lama aku rindui. Sempat juga aku melepaskan rindu. Dari mata penilaian aku ,dia dah banyak berubah dari bentuk fizikal dan mental. Masa aku terjumpa dia, dia tengah mabuk dan hhmm sedikit tak betul. Aku berdoa sesangat agar dirinya yang satu ketika aku kenal duhulu masih wujud dalam jasadnya kini.
Yang aku bengang, kesal dan menyesal ini di faktorkan oleh manusia yang bergekar kawan yang aku beri nama si X dan si Y. Si Y ni memang terkenal dengan gelaran puak pelampau.Dan si X ni pula memang jenis hipokrit pasal dia sibuk kutuk Y padahal sikap diorang  berdua 2 x 5 sahaja. Yang membezakan mereka berdua, si X pandai menyembunyikan bau bangkai dia yang telah lama terperap dalam usus.

* Tolong lah jangan kutuk orang kalau sikap sendiri pun tak betul. kain yang kau pakai tu dah koyak sampai ke pinggang kau masih tak sedar tapi bukan main sibuk jaga tepi kain orang. Baik aku beli je kain orang tu dan kasi kau pakai.*
Aku dah membuat kata putus, bila aku dah kaya tak payah cari aku nak pinjam duit. Dulu masa form 5 aku ajak study bersama kau orang tak pedulikan aku, kau orang lepak dengan jin, minum benda haram dan buat tak senonoh kat luar. Sekarang padan lah muka engkau.

kawan telan kawan

Status mood : Bengang, kesal dan menyesal dan putus asa

Daripada mengutuk kegelapan, lebih baik ambil sebatang lilin dan nyalakan.
Daripada meratapi keadaan, lebih baik melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan.

Nak berjaya macam orang kaya yang mencari rezeki halal tanpa ada rasuah? Nak kan, Habis tu kenapa sibuk tengok kasut aku lagi, dah lah koyak, wangi macam ikan masin. Cari lah inisiatif, langkah and idea sendiri bukan diam-diam tunggu masa untuk berkarat.

Aku nak tanya, patut ke aku mengkasihankan orang yang tak ada duit (kononnya) tetapi dia nak pergi tuisen?? Sepatutnya YA! Tetapi dalam hakikatnya, dia ada duit untuk membeli benda-benda yang memang menyusahkan diri dia sendiri seperti ROKOK dan ARAK. So wadepak punya kawan!!
Aku kesal sesangat dengan kengkawan aku. Selagi kau nak something, kau akan usahakan walau apapun terjadi, berjuang sebelum mati? ha mati?? Apa ni cakap dekat aku tak ada duit. Fine, aku boleh bagi pinjam duit aku, habis duit kat dompet bikin beli minuman keras tu apa cher beb??

Dahh, lantak engkau semua nak belajar ke, nak berjaya or nak kawin cepat! Malas aku nak pikir, bukan dapat hapa pun, dah tu poww duit aku dengan cerita sedih yang memang direka khas tuk tipu aku. Memang sah dan jelas kawan macam ni memang bukan kawan aku.

So aku dan para pembaca entry aku. Berwaspada dengan musuh dalam selimut. Biar pun kau orang tidur bersama-sama dalam selimut, jangan pikir dia tak mengapa-apakan kau. Banyak teknik dia boleh buat.. Jangan pikir terlalu dalam ha, bukan teknik *** tetapi teknik or cara mengkhianati kita.


Khamis, 10 Mac 2011

proses dikemaskini..

Assalamualaikum and hello brader..

buah anggur di luar pagar,
masak segugus bikin jus,
aku budak baru nak belajar,
agar menjadi blogger yang bagus.

Atas nasihat dan keramahan seorang blogger yang baik lagi pemurah ilmu, saya sudah cancel untuk berputus asa. Dia best dan patut menerima anugerah contoh manusia yang prihatin in the maya world.
Nak kenal dia lebih lanjut ? kelik lah sini ye.
kalau aku  jadi sweet macam ni.. kan best
Berbalik pada keinginan asal  entry ni, aku ada juga buat sikit experiment dengan membelek-belek, round dan jelajah blog orang. Wow!  jeles je aku tengok blog dorang. And hasil penilaian sepintas lalu aku ialah..
entry diorang berbunyik
  1. simple, jelas, directly, jujur dan lawak
  2.  main coppy paste sahaja
  3. design gempak giler, taruh banyak widget sana sini sampai tak nampak entry doh.
  4. pasal kehidupan harian yg berlangsung 24 jam
  5. pasal cinta, lelaki dan perempuan
  6. khas untuk remaja yang telah mencapai akal baligh
  7. gossip gesup pasal artis entah apa
  8. politik
and so many lorh....

Tapi saya nak jadi yang first sekali tapi hakikatnya kita tak boleh menjadi seperti somebody itu. Setiap orang ada teknik and kelebihan tersendiri bah. Takkan nak tiru, so aku akan cari my konsep, identiti, and my stronger tersendiri.. 






Selasa, 8 Mac 2011

jujur tapi sakit

Assalamualaikum dan armaiiti

"JULAK, KURANG ASAM KAU!"

Tadi aku tanya pendapat  member aku yang di beri nama Jukky tentang blog aku. Dia cakap blog aku macam budak-budak. Ye ke kebudak budakan??  Dari segi mana tu ye?? Mungkin kah kerana design buruk aku ni menyebabkan aku tak ada follower. Oh tidak

di curi dari FB sebelum diluluskan oleh empunya badan
hmmm.. ( berfikir sejenak )

Apa aku harus buat untuk memperbetulkan kesilapan aku ni? Aiyoo kawan, wa talak pandai design ini belog oo.. wa cuma pandai tulis shaja maa.. lu pikir sendili lah. pasai apa mau tanya sama wa.


Malam ni aku akan tidur dan berharap dapat bermimpi sebuah idea yang boleh pakai..
* Julak,, makaseh dengan pendapat mu yang terlampau jujur itu*

Ahad, 6 Mac 2011

miss sesangat kat engkau

andai ku punya jarum dan benang. 
Akan ku jahit bibir ku 
agar kelihatan seperti patung yang tersenyum..

Assalamualaikum..

Habuk pada jendela bilik ku masih bergelut dengan hujan yang turun dari tadinya. Tiap rintik air hujan itu berkecai menjadi tempias kala medatar pada jemari ku. Langit kelabu ku menangis sekali lagi. Muzik dari corong radio dari tadi sepi  dan membisu seolah dia memberi laluan melodi duka bermain pilu di hati ku.

Di sudut bilik aku mencari-cari diari lusuh ku yang ku simpan lama dahulu. Mencari semula perasaan cinta yang pernah aku tinggalkan di atas helaian kertas itu yang masih jelas bertandakan dengan air mata. Adakah aku di takdirkan untuk selalu sahaja tewas dalam gelumang cinta.

Aku menyoal pada dinding bilik ku, "wahai dinding, seandainya engkau punya perasaan cinta apakah engkau akan lakukan apabila dia telah menolak cinta kau??"
dinding tu tanpa sepatah kata masih diam membisu. Dan dia seperti itu, tetap diam dan mendesak hati aku untuk terus berharap dan menunggu.
Hagogo.. Jiwang betul aku hari ini. Tetiba pulak terkenang dengan nasib badan yang tak berapa bertuah ni. Apabila sahaja aku punya perasaan kat seseorang, dan bila  aku mencuba untuk mendekati dia, dia semakin menjauh dan mengelak

Perhh, poyo tol lelaki sekarang. Mempunyai perasaan tak semestinya aku cinta kau, nak urat kau or hape benda yang bodoh tu.  Aku just nak berkawan, bcoz I need some want to share my story.. I need Soul mate
ini lah sahabat dunia akhirat aku
Soul mate aku dah takde.. Aku lost contact dengan dia dan aku tak tahu dia di mana sekarang. Nama manusia ni Mohd Razif bin Rahim. Dia memahami aku tak seperti rakan-rakan ku lain. Saat ini, aku dah tak ada kawan lain yang sebijik macam dia. Adapun memang tak boleh lawan dengan Razif gue ni. Only one. Aku rindu sesangat kat dia tu, macam mana keadaan dia agaknya?? dah kaya ke hape. Semoga dia baik-baik sahaja kat sana.

*kalau lah dia tahu betapa aku sangat menghargai persahabatan ini*







pelan hidup

Assalamualaikum.. dan haloo babe


seni betul gambar ni


Tahun ini adalah kemuncak untuk aku study pasal aku baru masuk final dalam Game Life yang aku tengah  main iaitu SPM. Tetapi aku tersangat susah hati  pasal aku macam tak buat kesah je dengan SPM ni. Rilek je. Dah lah budak bodoh, tak mahu study. Buang duit mak bapak je. Ape duit tu jatuh dari langit macam hujan??


Aku berblogging sekurang-kurangnya memerlukan 1 jam.. Tu belum lagi termasuk carik idea dan gambar yang sesuai dengan entry. So aku nak carik penyelesaian tetapi persoalannya perlukah aku bersara dari berblogging ni untuk sementara waktu?? JOM kita tanya sama saya punya hati.





Question  : So maisa, kau nak stop dari berblogging ke???

Answer  : hmmm, aku rasa rasa tak kot, sebab aku rasa blogging ni menenangkan aku, sama macam dengan diari. Aku akan berblogging bila masuk masa rehat ku. Dan aku akan menggunakan masa sebanyak 1 jam setengah untuk  berblogg ni.


Question : bila ko nak study dan bila waktu-waktu yang sesuai?

Answer   : Aku berblogging dari pukul 5 sampai 6 setengah petang. Aku bangun dari tidur pukul 4 pagi. Remaja memerlukan tidur sekurang-kurangnya 6 jam. So aku akan study pada pada pukul 11 malam  sampai pukul 1 pagi. home work aku akan buat bila ada waktu yang terluang. Mybe lepas pulang sekolah. Dekat pusat tuisyen ke?? Dari aku lepak bagus aku buat home work kan.






PESAN HATI PADA AKAL UNTUK MAISA

hOI MAI,, baik ko study before ko nyesal. Ko tak nak kaya ke?? lantak larh kalau member kau memang hotak nakal tahap syaitan tapi jangan lah ikut sebijik macam diorang. Ikut cikit-cikit sahaja lah untuk hiburan. Yang penting ko tahu apa matlamat kau datang sekolah. Serius bah. Kita tak ada masa sudah ni. Sudah lah masa form 4 satu benda haram ko tak study. main je tahu. Takkan tahun ni ko nak buat perkara terlaknat tu lagi. Ko tu bukan pandai pun jadi jangan nak temberang, buang duit mama mu je bikin tuisen tapi ilmu campak kat tong sampah. 




MAISA! INGAT MATLAMAT ASAL KAU MASA TAHUN BARU TU!
INGAT CITA-CITA KAU!!!  
KITA MESRI BERJAYA WALAU APAPUN TERJADI.
JANGAN PUTUS ASA!!! 
DAN KAU MEMANG TAHU KAU BOLEH






Sabtu, 5 Mac 2011

gemuk itu lemak aku

Assalamualaikum babe..


** Kawan aku memang tak guna betul, adakah patut dia buat lukisan ni! memang melemahkan semangat aku betul tapi bila aku tengok gambar ni, rasa nak ketawa pulak. ish2x. 10 tahun kita tak makan nasik tetiba dalam masa 5 minit badan kita gemuk balik sebanyak 10 kilogram.. Baik tak payah diet kalau macam tu.

So memang pelan hidup aku nak kurus dalam masa 5 tahun. Masa tu aku udah kaya kot so boleh lah aku dapatkan rawatan dekat London manegment tu.

Diet?? aku memang diet tapi itu tak menjamin aku kurus pasal aku just jaga makan untuk mengelakkan penyakit but aku memang telah ada penyakit iaitu OBESITI!!.. Arhhh nak pilih baju pun payah oo.. So matlamat gua mesti di teruskan pasal aku tak nak sengsara menjalani liku-liku hidup yang memang dah berbengkok ni.
comel macam dia 7 tahun nanti
Lelaki? cinta ? hurmm lantak lah tu. hahaha!!! bodoh diorang tu,, Hanya pandang pada luaran. Bila aku kurus kang, aku tak kan pilih lelaki hendsem pasal hati diorang musti berbau bangkai. Wow,, bunyik macam trauma je aku ni, actualy takde larh. Aku tak anti pun dengan golongan Adam ni but berwaspada sahaja.
Yelah, ish banyak yang gila seks!! benci betol aku bila terkawan dengan diorang ni. Arghh sengaja betul diorang nak rosak kan betina-betina yang ada di Malaysia ni.. tambahan pulak bila aku dengar cerita-cerita dekat FB, FORUM and whatever, naik serik dan seram aku dengan spesies lelaki.


Jumaat, 4 Mac 2011

pelajar sekolah gaduh lagi ??

Assalamualaikum kepada warga dunia yang fasih berbahasa melayu dan omputeh sahaja..

Sebelum tu, aku nak bagi arahan kepada makhluk yang berada depan screen ni tentang something. Bukan benda tak senonoh, tapi benda ni memang orang tak mampu nak buat. Ini antara teknik yang boleh mereleks kan minda. So bersama-samalah kita melakukan benda ni ok.

First, sila sebut perkataan 'BUAL' tanpa lidah menyentuh lelangit.
Kemudian korang sebut konsonan 'M' dengan mulut terbuka?? Boleh tak..
Akhir sekali, sebut perkataan 'HAI' tanpa membuka mulut.

* entry yang aku nak cerita kali ni boleh dirujuk pada benda kat atas ni.. FIGHTING..!!!
tapi masa aku carik kat gogel, berlambak pulak cerita pasal pergaduhan. So kalau aku tulis kat blog aku mesti orang sangka aku ni kaki coppy dan paste. Alahh tapi aku nak cerita benda betul ni.

Benda ni memang selalu berlaku di persekitaran aku, so aku memang tak hairan. Dekat mana-mana pun mesti ada pergaduhan. Sekolah ini vs sekolah itu, Si abu vs Si ali, and what ever. Tetapi bukan pasal tu yang aku nak cakap bah, so ilek lu. Pernah tak terpikir dalam otak korang yang still basah tu, kenapa diorang suka bergaduh??

MAMALIA =  TEMPAT TINGGAL+ MAKANAN+ PASANGAN

TEMPAT TINGGAL

Bermaksud pengaruh, wilayah atau pun kawasan jajahan. Tak kira tempat tu bus stop, kerusi dalam kelas, tempat lepak ke hape. Bila orang lain datang ceroboh memang lah diorang marah. Dan isunya pulak disini bagaimana  diorang cakap kawasan itu sebagai tempat @ port diorang sedangkan nama bapak diorang pun tak ada walau sekecil najis hidung??

haiwan menandakan kawasannya dengan air kencing dan manusia ***
MAKANAN

Makanan yang di maksudkan disini kemungkinan besar juga makanan contohnya nasi di kantin. Hehe maksud aku mybe hasil dari something yang diorang buat dan patut mereka dapat tidak di terima oleh mereka dengan sempurna. Tak faham? Ini kira macam tak puas hati lah, 
"sepatutnya aku yang lembab ni yang menang, ni tetiba budak pandai tu yang dapat johan. Memang aku tak puas hati dengan budak ni. ko siap lah pulang sekolah nanti." kataku pada kau sebagai contoh.
*help me..!!! lelaki tu nak apa-apakan I ..*
PASANGAN

Ini biasa berlaku bagi remaja moden yang memang tak tahan nak mengawan. kapel je memanjang, belajar tak nak pulak. Bila gaduh, badmood lah dia. Alaa rampas merampas punya kes r ni. malas aku nak cakap.

LAIN-LAIN

Yang pasti bila bergaduh, kita akan jadi Top dan Popular giler. Lantak lah  kalau semua orang sibuk panggil aku samseng taik kucing janji biar seluruh kampung tau siapa aku. Kira nak orang segan and takut dengan dia lah tu. 'Trep taiko' kata orang Sabah.

Macam dekat sekolah aku, murid perempuan dia saling dengki mendengki, sindir menyindir. Gila betul tapi sampai sekarang diorang tak popular pun. puiihh..!!!

So jaga lah tepi kain kita dengan baik ok..!! kesimpulannya orang kuat gaduh makna dia, dia lagi bodoh dari aku..!! kahahahahantuu



Khamis, 3 Mac 2011

tuisen si budak lembab

bila lagi cinta kini tak bermakna..
tapi bermakna ke selama ini??

Assalamualaikum kamu semua.

situasi aku sekarang...

Happy  +  seRba salaH = bingung

Alkisah bermula pada hari ini secara dirancang, aku si budak lembab ikut tuisen add maths. Best giler!! pasal cikgu dia BAIK, RILEKS mendidik manusia macam aku dan cara interaksi dia bagus sebab dia selalu bagi pujian walau apa yang aku buat tu tak berapa betul.

You know what? Tuisyen ini memang jalan terbaik untuk belajar terutama kepada budak-budak kaya yang malas nak belajar di rumah termasuk aku. Tapi aku tak kaya bah. So aku ringkas kan cerita mengenai KELAS TUISEN, sila lihat ke bawah, eh bukan bawah tu.. bawah perenggan ni.

Best giler
Sangat tak best
·        Cikgu tak garang
·        Penerangan lebih terperinci
·        Diberikan perhatian lebih tak seperti dalam kelas
Mahal sangat !!!











                                                                                                                                                                    Aku pun tak tahu drama apa yang sedang dilakokan cikgu ni sampai dia nampak best sangat, mungkin kerana WANG?? Mybe dia takut kalau dia marah dan rotan seperti cikgu di sekolah buat, kami tak akan bayar dia?? mungkinan yang sangat besar. Atau pun ini adalah kaedah terbaik  iaitu menjadi teman kepada pelajar.

hmm bab duit ni aku memang sensitif. 1 subjek ciktu mintak RM60, 2 subjek RM120. WOW!! banyak tu. aku bukan anak orang kaya yang bapak dia tabur duit atas lantai macam bunga sakura. So 1 subjek pun aku dah rasa serba salah ini kan pulak nak blajar 2 subjek. Apa aku nak buat sekarang? Aku dah lah lembab, kalau belajar sendiri serupa je macam aku main kapal terbang kertas. Tekun macam mana sekali pun aku reka design dia, ia  tetap jatuh ke  atas lantai dan menjadi SAMPAH..!! so aku piikir lah  ni..

Selasa, 1 Mac 2011

keluh kesah



















kosong..
ruang ligar tak berudara
tempat aku bertegak
menahan sesak derita

dalam atur cara dunia
belum terselesai
susun silang kata
berselerak berkecai
yang menyimpulkan
pengakhiran kisahku

aku sembunyi amarah
yang kerap terletus
menghilangkan waras akal
insan yang tidak bertimbangan
apakah watak ku bawa kini
pentas mana kaki ku berdiri
kemana hilang diriku 

kemarin tidak seindah impian
yang ku rancangkan
namun ia tetap berlalu menjadi
serpihan memori 
tika di bias kenangan
esok??
berlalu kah ia seperti selalu
ditinggal menjadi sejarah
berserah pada takdir??

tidak..
aku manusia pemberontak
aku akan terus berjuang
biar aku jatuh dan terluka
kaki patah mata terbuta
aku tetap merangka
dan tidak akan berganjak.










biodata Dadai

Arwah Dadai
Nama : Dadai
Jantina : betina
Tarikh Lahir : rahsia... huhu
Tempat lahir : atas zink rumah Maisa Mohamad
Tempat Tinggal : bilik Mai
Nama ibubapa : Si Tegap dan Si Oren
Status : sudah berkawin
Personaliti : agak sombong, seksi. jahat, pemalas dan pemarah
Hobi : tidur, makan, tangkap cicak, tidur dan makan
Makanan kegemaran :



Ini lah arwah kucing aku



Pada suatu hari yang tidak ku pasti bila maka lahirlah seekor kucing betina bersama-sama dengan adik-beradik ia. Kucing betina berwarna tiga macam yang kelihatan agak besar, comel dan tidak mesra itu ku beri nama Dadai. Dadai yang tak memberi apa-apa makna. Masa menjaga dia dan adik beradik dia memang  betul-betul mencabar jiwa dan emosi. Semakin dia membesar semakn berbau bilik ku dek aroma dari bahan kumbahan mereka. Masa tu memang tak bolah nak bernafas tapi di sebabkan tanggungjawab aku harungi jua.



Aku masih ingat arwah kucing aku, si oren iaitu mak si Dadai. Masa dia lahirkan diorang adik beradik, dia ada penyakit pelupa dan cepat panik. Dia selalu pindakan anak-anak dia. Kejap atas bumbung, kejap kat dalam bilik adik aku dan entah mana lagi yang akhirnya telah mengambil nyawa adik beradik si Dadai. Akhirnya tinggallah Dadai si kucing ego itu bersama ku.



Aku masih ingat lagi, Si Dadai ni memang agak pasif, dia tak suka orang pegang dia, mesti dia merengus dan melarikan diri. Sampai sekarang dia masih tak berubah.
Pada satu hari aku kehilangan dia, dalam hatiku berkata mungkin dia dah pindah di rumah jiran. Aku ada juga tanya budak-budak kampung kalau nampak kucing aku tapi jawapan yang aku terima hanya menghampakan dan membuat aku putus asa.



Sebulan kemudian, budak-budak kampung jumpa aku membawa khabar gembira, Dadai aku telah dijumpai. Masa aku ambil dia keadaan dia memang teruk. Mata kanan dia merah, bengkak dan seperti nak terbonjol keluar, badannya kotor penuh dengan lumpur dan dia ter sangat-sangat kurus. Dengan perasaan geli, takut dan kesian  aku bersihkan dan ubati mata dia meskipun aku tak berpengalaman. Akhirnya dia sihat sepenuhnya walaupun mata kanan dia agak juling sikit kesan dari penyakit matanya dulu. Yang penting dia kembali comel dan hubungan kami semakin akrab.
     
                                     
                                               
                                                                                                                                   Bersambung..                                                             



buat bodoh

bagaimana caranya agar engkau mengerti,,
yang selalu di hati hanyalah dirimu,,
sudah berbagai cara telah ku lakukan,,
walaupun harus terjatuh aku takkan menyerah..

Assalamualaikum dan haloo kepada makhluk yang tengah berada di hadapan skrin komputer. Sebelum diriku meneruskan bicara ini, izin kan aku mengutarakan soalan yang jumlahnya tak banyak pun kepada anda semua. Adakah nyamuk buang air besar atau secara kasarnya berak??

Tetiba je soalan ni terketar-ketar dalam minda?? Nak kata lawak memang lawak pun. Cuba bayangkan najis nyamuk yang begitu kecil terapung-apung di udara, melekat kat pipi masa kita tengah tengok tv, terjatuh dalam makanan yang memang sedap. Cuba bayang kan bah??

hmm.. Perasan tak, owner blog ni merepek je dari tadi. Actually, Minda dan jiwa ku kosong ketika ini. So aku buat-buat memikirkan something yang menggeletek jiwa. Kau faham ke tak, aku pun tak pasti sebab aku pun tak tau. Kesannya aku turut  tak tahu nak taruh tajuk apa kat entry ini.