Isnin, 21 Februari 2011

tekanan ??? stress ?? jom handle

Assalamualaikum..
bila marah, rasa mau pijak je kepala orang tu kan..!!
Baru aku perasan, sejak akhir-akhir ni emosi aku memang tak stabil dan tak keruan. Asyik nak marah je, mengamuk tak tentu pasal,  Kejap-kejap rasa sedih dan stress ini menyebabkan aku jadi makin pemalas. Macam orang hamil pulak kan.. kau gila??  aku masih remaja bah. Just tertekan. mungkin faktor hormon kot

Then aku search dekat gogel pasal nak tangani stress, info yang aku dapat sedikit dan berulang-ulang seperti solat, baca Al-Quran, bersukan dan sebagainya. Bagi aku masih tak cukup tu. So aku bukak my diari tak rasmi. Banyak rupanya info-info yang aku kutip dari pelbagai sumber so aku dengan hati yang tak sebarapa baik ni ikklas nak  "share how to manage your strees"
Be cool, relax..
Banyak benda yang boleh kita buat agar stress kita hilang tidak kira dengan cara yang baik or cara yang sangat tak baik. Bagi yang kurang beriman memang diorang pilih yang sangat tak baik. Semua orang mesti tau punya cara yang paling pemes tak lain tak bukan  merokok,minum arak,rempit,lepak,clubing dan sebagainya.

Ketahuilah, kita nak menghilangkan stress bukan nak setelkan masalah. So buat apa nak merosakkan diri. Orang lain tak susah, tak rugi apa pun. Engkau je rela kalah. kalah dengan siapa? kalah dengan diri, orang dan dugaan tuhan. Maybe dalam kubur pun kau stress dengan dosa yang berlambak tu, semua pasal stress kat dunia lah, kat  mana lagi. 
malas aku nak bebelkan so aku nak share antara kaedah alternatif yang boleh dibuat :
  • teriak sekuat hati!! ya teriak tapi cari lah tempat dan masa yang sesuai ok      

  • menangis.. menangis bukan tanda lemah tetapi satu terapi. tiap titisan air mata mampu mengekspresi perasaan kita dan kononnya membawa sedikit masalah menyebabkan kita berasa sedikit tenang 

    • ketawa. Buat-buat lah  ketawa macam orang gila

      • buat something di luar kebiasaan kita contoh mewarna dengan menggunakan hidung ke.. yang pelik-pelik

      • dengar muzik yang korang suka contoh rock ke jiwang. lepas tu pasang kuat-kuat dan ikut nyanyi sekali

        • atau pasang lagu yang korang memang tak faham contoh bukak lagu tagalog, tamil or cina. mesti korang berfikir pasal lagu ni dari stress korang

          • mandi. aku dengar mandi air panas menenangkan. tapi air sejuk lagi mencabar sebab menurut orang-orang yang berjaya, mandi air yang sejuk dapat mengembalikan semangat

            • diari. coretkan apa-apa saja mengenai perasaan korang kat dalam diari. dalam diari, kita menjadi yang sebenar. kita tak mungkin berbohong dengan diari. so luahkan apa sahaja dan try tanya balik kat diari cara menyelesaikan. bunyi macam pelik, tapi ni betul, secara spontan anda akan dapat jawapan penyelesaian. try lah

              • Minum. minum lah apa yang korang suka macam teh, cola ke. or makan le apa korang suka tapi berpada-pada lah, jangan  kerana mulut, badan binasa. semua pun kau nak telan

                • conteng. conteng lah kat mana-mana pun. lukis apa-apa yang ada dalam otak korang. lukis biar dalam keadaan emosi baru nampak seni. 

                •  tidur. moga-moga dapat mimpi yang best yang boleh kurang kan cikit prob tu. tapi kalau dapat bad dream, takda nasib lah tu.

                •    main game. main lah sampai jari  putus. baru gempak orang tengok.

                •  tengok tv, wayang or movie komedi, horror ke. janji layan.
                "semua yang di capai oleh manusia dan yang gagal di capai oleh di capai olehnya adalah kesan lansung dari pemikirannya"

                0 ulasan: