Ahad, 13 Februari 2011

rahsia yang aku tak nampak

Malam yang senyap untuk saat ini,
detak jantung berdegup mengikut jejak pikiran berlari
Dan aku masih  menatap langit kosong,
mengelak dari persoalan yang bergolak
berlegar di balik awan berlindung
Assalamualaikum,,
Sebenarnya aku tengah kering idea nak buat entry yang menarik so aku bagi je ayat kaw2. Kata-kata itu adalah gambaran perasaan ku yang tengah bingung. Bunyi memang agak jiwang namun yang pasti bukan kerana CINTA ok.

Aku sebenarnya tak berapa nak trust dengan kawan yang wujud di persekitaran aku, aku memang serik lah dengan manusia hipokrit ni. Pernah sampai aku menangis because sedih sangat dengan kengkawan aku yang memang kawan untuk SUKA SAHAJA.So be careful with your friend.
Aku ada kawan nama dia R, Dulu dia memang kawan BAIK aku tapi TIDAK pada sekarang. Sekarang aku hanya lepak dengan dia just have fun so kami memang tidak rapat dah. Segala masalah dia aku dah malas nak ambil tahu. memang serik dengan dia. Why??  Because this girl buat aku nangis, marah and what ever. Dia memang dah berubah habis. Kadang-kadang aku rasa menyampah tengok muka dia. Dah macam bohsia aku tengok. nak nasihat? dia buat tak dengar. Entah lah aku ke yang salah or dia
Makin hari aku makin jauh dari dunia peribadinya, yang ku tahu dia memang dah rosak dan berubah giler. Aku memang malas nak masuk campur dengan  urusan hidupnya. hinggalah pada suatu hari, baru aku tahu mengapa dia berubah seperti itu. Rupa-rupanya dia mempunyai masalah keluarga yang tak semua orang mampu menerimanya. Berat mata memandang berap lagi memikul.   
Aku mungkin salah sebab aku tak berusaha nak mengubah dia. Aku rasa bersalah sangat. Aku salah kerana biarkan ego ku memakan diri. BODOH betul aku ni. Akibat keserikan aku ni, aku telah membiarkan kawan aku hampir jatuh ke lembah hitam. Aku tak pernah larang dia hisap rokok, aku tak pernah marah dia minum arak, aku tak nasihatkan dia agar menjauh dari maksiat. Aku ini memang kawan tak guna. Masih sempat ke aku nak bawa dia ke jalan yang betul??
Dalam lingkungan pemikiran dan perasaan kita, mungkin kita berasa hidup kita sekarang ini sangat-sangat lah teruk. Kita lansung tidak pernah menyedari banyak lagi masalah yang tidak terpikul oleh manusia seperti kita di luar sana. 

JANGAN LARI TAPI HADAPI MASALAH ITU DENGAN TENANG. Jangan pernah terpikir kalau  kau lari ke kelab malam or funfair sekalipun, masalah kau boleh setel. NO !!







0 ulasan: