Sabtu, 19 Februari 2011

remaja dan masalah

Assalamualaikum

biarkan senyumku berlakon
usah di lihat hati ku yang bergolak...
Hai bertemu kita kembali wahai secebis kertas diari elektronik. Sekarang dunia serba canggih, diari aku pun boleh letak dalam laptop tapi kesan dia tak sama lah sebab aku tak boleh titiskan air mata dekat screan ni. hmm aku tengah serabut giler sekarang ni!

Aku remaja sama macam remaja di luar sana,  yang boleh di ketogerikan dengan "budak bermasalah"Aku pun sedar yang aku dah banyak berubah menjadi hipokrit, ego dan what ever yang semestinya tak bagus. Aku tak solat, aku kurang ajar dan aku... Memang tak patut di contohi

Aku sedar apa yang berlaku, apa yang harus aku buat?? korang tahu ke, kami memang tak mahu bersikap seperti ini dan  KEADAAN yang sepatutnya bertanggungjawab. Kenapa keadaan?? ok macam ni, pernah dengar pepatah masakan pokok bergoyang kalau bukan angin yang tiup. Lebih kurang macam tulah.
Walaupun situasi setiap orang berbeza namun masalah semua ini berpunca dari RUMAH dan IBUBAPA ! Seperti aku, aku sangat bermasalah dengan bapa aku dari aku kecil lagi. Dia memang benci aku dari kecil. Aku pun tak tahu kenapa. Yang pasti hati aku memang di bentuk dari perasaan saling benci membenci.

Mungkin aku ini terlalu bodoh dan tak berguna dimata keluarga ku sehingga aku selalu di banding-bandingkan dengan si ini dan si itu. Thats why aku selalu berasa rendah diri dan dalam pada masa yang sama aku membenci mereka
RUMAH KU SYURGA NERAKA KU

Ada member aku sorang, muka alim giler masa dekat sekolah, kawan dengan budak pandai tetapi bila saja dia jejak kaki ke rumah, semua berubah 360 darjah. Salah siapa?? ibu bapa lah. Nak salahkan siapa lagi kan.
Dorang yang patut di pertanggungjawabkan.

      PERBUATAN YANG MEMANG TAK PATUT
  • Pilih kasih. Ibubapa gemar memandingkan anak dengan orang lain
  • memaki hamun. Ibubapa memarahi @ menegur anak dengan memaki. Lebih baik tak payah cakap sebab kalau dorang cakap siapa nak dengar. 
  • Kaki arak,judi, penagih dan sebagainya.
  • cerai barai. Lain kali tak payah kawin larh. beranak je banyak-banyak tapi tak pandai nak urus buat apa? menyemak je
  • Kasih sayang. Aku nak cakap pun geli juga pasal aku memang tak pernah rasa. Sangat jarang sekali.
.
Asal bermasalah, jari telunjuk semua menuju ke arah kami?? kami ke yang salah sebab jadi macam ni. Jiwa remaja memang gelora sedikit. Kalau tak ada remote control memang tak boleh control . Alamatnya hidup jadi sampah hanyut dan pengumpul dosa contohnya pelacur, penagih, bohsia, homoseksual, rempit dan sebagainya.

Aku tak menyalahkan ibubapa 100%. Aku cuma mennyatakan pendapat bahawa semua masalah berlaku ada hujung pangkalnya. Minta maaf berbanyak-banyak kalau aku cakap kasar. Tolong jangan menilai remaja macam aku hanya berdasarkan alas keburukan sahaja.so tepuk dada tanya hati bukan tanya selera

0 ulasan: