Khamis, 30 Disember 2010

saya risau..!!

Aku punya cita-cita..
yang dulu sering goyah
dilambung perasaan
di serkah pendapat manusia

aku nak jadi itu
aku mau jadi ini
di hujani nilai ringgit malaysia
mendiami istana impian
duduk di kerusi empuk
berlenang di bawah penghawa dingin
itu lah aku
seorang pelajar yang berangan
berbagai pelan aku rangkakan
strategi perjalan hidup kelak
bermotivasikan pengalaman
orang di sekitar ku
kerna aku takut gagal
aku tak mahu hidup dalam kedaifan
aku nak berjaya
aku nak kaya!!

eh??
mengapa aku resah?
lalu aku bertanya
pada diriku sendiri
wahai hati kecil..
bergembirakah engkau,
apa benar ini pilihan engkau
wahai hati kecil??
lalu dia berbisik padaku,,
Tidak!!
ini bukan apa yang aku mahu..

Kesimpulannya:
manusia sering keliru untuk memilih atau menentukan cita-cita. dalam membuat keputusan, banyak perkara yang perlu di pertimbangkan. namun yang penting,, tanya hati kecil anda. hati kecil akan memberikan jawapan yang jujur. mungkin apa yang kita cita-citakan tidak disenangi orang lain . Yang penting, apa yang di citakan memberi kepuasan pada diri anda.

0 ulasan: